Bayaran Perkhidmatan Telco Dikecualikan Untuk Mangsa Kebakaran Putra Heights – Fahmi Fadzil

Teknologi

Bayaran Perkhidmatan Telco Dikecualikan Untuk Mangsa Kebakaran Putra Heights – Fahmi Fadzil

Bayaran untuk perkhidmatan prabayar dan pascabayar dari lima syarikat telekomunikasi utama negara akan dikecualikan buat sementara waktu bagi meringankan beban mangsa kebakaran yang berpunca daripada letupan saluran paip gas di kawasan tersebut.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dalam satu kenyataan kepada media melalui laporan Kosmo!, berkata, langkah ini melibatkan lima syarikat telekomunikasi utama iaitu CelcomDigi, Maxis, TM Unifi, U Mobile dan Yes.

Advertisement

Menurut beliau, langkah tersebut diambil untuk memberi sokongan kepada mangsa kebakaran yang terkesan.

Kami berharap ia dapat meringankan beban kewangan.

Fahmi menambah, bantuan yang diberikan ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Komunikasi untuk memberikan sokongan penuh kepada mangsa yang terjejas, dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat telco tersebut.

Selain pengecualian bayaran, bantuan lain turut disediakan seperti akses internet dan telefon bimbit secara percuma. Mangsa yang terkesan juga akan menerima penggantian peralatan dan kad SIM tanpa sebarang kos tambahan, di samping kemudahan internet 5G yang disediakan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Oleh itu, mangsa yang terjejas boleh hadir ke kaunter bergerak syarikat telekomunikasi di PPS, hubungi talian hotline utama syarikat berkaitan, atau hadir ke mana-mana cawangan berdekatan.

Beliau turut menyatakan bahawa bentuk bantuan akan disesuaikan mengikut keperluan mangsa dari semasa ke semasa, serta ditawarkan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh setiap syarikat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

data percuma hari raya
2 weeks ago

Data Minimum 5GB Percuma Buat Rakyat Malaysia Pada Hari Raya Pertama - Menteri Komunikasi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...