Bayaran Kami Mahal Tetapi Kualiti Persembahan Terbaik – Ketua Akim & The Majistret

Hiburan

Bayaran Kami Mahal Tetapi  Kualiti Persembahan Terbaik – Ketua Akim & The Majistret

Berjaya menghasilkan lagu yang cukup hits dan menjuari carta-carta muzik di radio dan pelbagai anugerah, kumpulan Akim & The Majistret adalah satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Namun, ada pihak yang mendakwa kumpulan itu sudah semakin demand dan menuntut bayaran yang agak mahal untuk membuat sesuatu persembahan.

Advertisement

Menurut ketua kumpulan itu, Zimi, beliau berkata bayaran yang mereka kenakan sudah merangkumi keseluruhan kos ahli kumpulan berkenaan termasuk mereka yang bekerja di belakang tabir.

Malah, mereka juga memberikan persembahan yang berkualiti berbaloi dengan harga yang perlu dibayar.

Bagi yang pernah melihat kumpulan kami buat persembahan sudah tentu tahu bagaimana hasil persembahan tersebut. Kami bukan turun bertujuh, malah selalunya ada 16 orang ahli yang membantu kami untuk memberi persembahan terbaik dan memuaskan hati penonton.

Walaubagaimanapun, ia tidak bermakna mereka begitu tergas sehingga tidak boleh dibawa berbincang tentang soal harga.

Sebenarnya kumpulan Akim & The Majistret mahu meletakkan satu tanda aras kepada mana-mana lagi kumpulan muzik untuk menerima bayaran yang sama ketika melakukan persembahan. Ia juga memberikan hint kepada penganjur untuk tidak mengambil kesempatan terhadap mereka.

Kami masih bertolak ansur tentang bayaran dengan memberi persembahan yang lebih mantap dan penambahan lagu. Apa yang penting penonton berpuas hati. Biasanya jika kami buat persembahan bukan Akim sahaja yang bercakap, malah semua ahli kumpulan perlu bercakap dan hiburkan penonton.

Kami harap ia menjadi satu contoh dan tanda aras kepada kumpulan muzik yang lain juga kerana pihak penganjur perlu faham bahawa kami bergerak secara berkumpulan.

Kalau kualiti persembahan kumpulan Akim & The Majistret bagus, apa salahnya untuk mereka meletakkan bayaran yang tinggi? Lagipun, bukan mudah untuk menghiburkan orang ramai dan penat lelah setiap kru yang terlibat harus di ambil kira.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...