Bayar Sewa Cecah RM1K Sebulan? Kalau Ada Rumah Sendiri Kan Lebih Mudah!

Branded

Bayar Sewa Cecah RM1K Sebulan? Kalau Ada Rumah Sendiri Kan Lebih Mudah!

Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua. Ada yang mengimpikan rumah di atas bukit dan tak kurang juga yang mahukan rumah teres yang memiliki laman untuk mudah bercucuk tanam. Namun, perubahan iklim yang melanda dunia telah mengubah corak taburan hujan yang menjadi punca kepada bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir.

Kebimbangan ini telah menyebabkan ramai pasangan muda atau mereka yang baru ingin memiliki rumah sendiri meletakkan satu lagi syarat dalam pemilihan rumah yang  bakal menjadi tempat mereka berteduh iaitu selamat dan berada di kawasan bebas bencana.

Bagi anda yang bekerja di Selangor atau Kuala Lumpur, ini kami nak kongsikan tentang satu hartanah terbaru Bayu Residensi dan 4 sebab utama ia merupakan perumahan yang berbaloi untuk dimiliki.

1. Akses kepada lebuh raya utama

Bayu Residensi terletak di kawasan Sri Gombak, Batu Caves yang berada dalam radius  lingkungan 10 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ia mempunyai akses terus ke lebuh raya utama seperti MRR2, DUKE, Jalan Kuching, Jalan Sungai Tua, Jalan Ipoh, Jalan Sentul Pasar dan Lebuhraya Karak.

Jika anda merupakan pengguna pengangkutan awam, berhampiran Bayu Residensi terdapat 2 jenis kemudahan awam yang boleh diakses iaitu KTM Batu Caves kira-kira 5 km dan LRT Gombak lebih kurang 7 km je dari situ.

Menarik juga mengenai hartanah ini, ia memberikan anda kelebihan menikmati keindahan alam semula jadi dalam bentuk pemandangan bukit batu kapur Batu Caves dan flora semula jadi, Hutan Lipur Sungai Tua yang boleh dilihat dari kejauhan. Taklah asyik tengok bangunan je kan? Bosanlah!

2. Ruang kehidupan yang luas & selesa

Di Bayu Residensi, anda juga boleh memilih jenis rumah yang korang inginkan bersesuaian dengan bajet, keperluan dan keselesaan. Dengan setiap rumah mempunyai balkoni dan halaman sendiri. Wow!

Terdapat 3 pilihan unit yang anda boleh pilih mengikut citarasa dan keperluan seperti di bawah, dengan setiap satunya dilengkapi dengan 2 tempat letak kereta.

Pelan rumah Bayu Residensi

Pelan rumah Bayu Residensi

Pelan rumah Bayu Residensi

-2 Bilik + 2 Bilik Air – untuk mereka yang memerlukan privasi dan ruang

-3 Bilik + 2 Bilik Mandi – sesuai untuk mereka yang baru berkahwin dan baru mempunyai keluarga

-4 Bilik + 2 Bilik Mandi – sesuai untuk mereka yang ingin menaik taraf kehidupan dan memerlukan ruang yang lebih besar

3. Jaminan keselamatan diri & ketenangan 

Tiada apa yang lebih penting berbanding keselamatan diri dan keluarga, Bayu Residensi bakal memberikan anda jaminan ini dengan sistem keselamatan 24 jamnya beserta kawalan kad akses dan CCTV di lokasi strategik sekitar kawasan perumahan.

Selain ciri  keselamatan yang tinggi, fasiliti yang disediakan di Bayu Residensi merangkumi 37 kemudahan kondominium khusus buat penghuni yang aktif atau ingin menikmati ketenangan. Terdapat kolam renang, gimnasium dan deck untuk penghuni menikmati pemandangan luar dan mengagumi bukit batu kapur Batu Caves serta flora semula jadi yang mendamaikan dengan pemandangan hijau sambil menghirup udara yang segar.

4. Kemudahan utama yang berhampiran

Pelan Bayu Residensi

Apa yang lagi penting selain rumah yang selesa? Semestinya akses kepada kemudahan utama. Kalau anda nak tau, Bayu Residensi ni terletak di kawasan yang strategik kerana ia berdekatan dengan kawasan komersial Sri Gombak, pasaraya Giant, sekolah, bank, F&B, Hospital Selayang dan juga Universiti Islam Antarabangsa.

Ini pastinya memudahkan anda yang memiliki anak yang bersekolah dan untuk mendapatkan keperluan harian kerana semuanya dekat dan nak akses ke sana sini pun senang.

Masih menyewa? Inilah masa terbaik miliki rumah sendiri di Bayu Residensi!

Kemudahan berhampiran Bayu Residensi

Makin tangguh beli rumah, harga akan makin naik. Manfaatkan kadar faedah pinjaman perumahan terendah semasa sekitar 2.95-3.00 peratus.

Inilah waktunya untuk anda memiliki rumah sendiri. Bayangkan kalau setiap bulan, perlu membayar sewa RM1,000 untuk menikmati rumah atau bilik sewa yang selesa.

Tapi bagaimana pula kalau nilai tu anda gunakan untuk membayar rumah sendiri? Kan lagi berbaloi!

Dapatkan rumah impian di Bayu Residensi pada harga bermula RM250,000 sahaja. Ini semestinya satu pelaburan untuk gaya hidup moden yang sangat menguntungkan!

Psstt.. Kawasan perumahan ni juga berpotensi meningkat di masa hadapan. Jadi tunggu apa lagi? Belilah sementara harganya masih mampu dimiliki dan bebas inflasi.

Kalau anda  berminat untuk memiliki hartanah di Bayu Residensi, anda boleh terus ke galeri jualan dan unit pameran untuk melihat unit contoh. Pastikan buat janji temu dahulu ya.

Alamat: Lebuh Utama Sri Gombak, Seri Temenggung, 68100 Batu Caves, Selangor

Nombor telefon: 016-206 1331

Galeri pameran dibuka setiap hari, untuk maklumat lanjut layari https://bayuresidensi.com.my/?s=iMedia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...