Bayar Seikhlas Hati Bila Beli Juadah Berbuka, Gerai Jual Makanan Ini Patut Viral

Trending

Bayar Seikhlas Hati Bila Beli Juadah Berbuka, Gerai Jual Makanan Ini Patut Viral

Kita selalu jumpa di laman sosial di mana dimuatnaik gambar mendakwa ada segelintit peniaga di bazar Ramadhan jual makanan tidak ikhlas, karipap inti ‘ciput’ dan bermacam-macam lagi.

Advertisement

Ia seolah-olah menjadi fenomena setiap kali Ramadhan, maklumlah bazar Ramadhan ini sebenarnya lubuk untuk mendapat duit lebih, lagi-lagi nak puasa, sudah pasti ramai peniaga mahu untuk berlipat kali ganda dari hari biasa.

Bagaimanapun bukanlah semua peniaga bazar seperti itu, cuma segelintir sahaja.

Seorang lelaki bernama Ammar Rahimi Anwar  berkongsi di mana kisahnya seorang peniaga di bazar Ramadhan yang berniaga pelbagai jenis lauk pauk dengan harga yang agak tidak masuk akal.

Mana tidaknya pak cik tersebut menjual lauk dengan bayaran seikhlas hati, ikut suka berapa kita nak bayar walaupun untuk lauk mahal. menarik.

Jom kita baca apa yang dikongsikan beliau.

Semalam before berbuka dekat Murni Kelana Jaya, aku saje pergi jalan dekat Bazaar Ramadhan SS6 KJ tu (belakang flat Polis). Memang meriah la. Aku tawaf dari start sampai paling hujung. Dapat la beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.

Then time nak patah balik ke Murni aku lalu satu gerai pak cik ni jual banyak lauk. Kebanyakkannya ikan. Memang ramai orang. Aku jenguk la tengok lauk-pauk dia. Memang banyak la. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour & macam-macam lagilah.

Pastu, aku dengar ada sorang mamat ni tanya,

“Anak bayar la ikut suka anak, seringgit ke 2 ringgit ke, terpulang”. Tercengang semua yang ada kat situ. Pastu mamat tu tanya lagi, “Boleh ke pak cik?”.

“Apa pulak tak boleh, dengan izin Allah semua boleh. Pak cik yakin dengan rezeki Allah”,sambil membungkus siakap 3 rasa tersebut.

Ya. Yakin & percaya. Selamat berbuka.

P/s: Pak Cik tu pakai baju warna putih, bertopi hitam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.