Pelakon Elvina Mohamad mencuri perhatian warganet selepas meluahkan rasa kecewa di Threads terhadap sikap seorang individu yang disifatkan hanya pandai berlagak berjaya di media sosial, tetapi culas menunaikan janji.
Menurut Elvina, individu tersebut pada awalnya berjanji untuk memberikan komisen dalam bentuk peratusan kepada orang yang sudah membantu uruskan kerja. Namun, selepas selesai, bayaran yang diberi hanyalah RM50 beserta belanja nasi kandar.
Orang dah kerja penat-penat, tapi dapat RM50 je. Nak isi minyak kereta pun tak penuh 🤭. Tak baik aniaya orang, cik kak oii,” tulis Elvina.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengecam tindakan individu berkenaan. Ramai berpendapat, jangan hanya pandai menunjuk imej mewah dan kejayaan di media sosial sekiranya gagal menghargai hasil titik peluh orang lain dengan bayaran setimpal.