Personaliti media sosial, Dahlia Rizal berkongsi pengalaman pahit menjelang hari pernikahannya yang berlangsung dua tahun lalu.
Menerusi hantaran di akaun media sosial, Dahlia mendedahkan bahawa persiapan untuk hari bahagianya tidaklah seindah yang disangka ramai.
Menurutnya, sehari sebelum majlis akad nikah, dia mengalami tekanan emosi yang teruk selepas dimaklumkan pihak villa yang bertanggungjawab menyediakan pelamin telah membenarkan pasangan lain menggunakan pelamin eksklusif yang ditempah khas untuknya.
Sehari sebelum majlis, saya mengalami tekanan emosi yang sangat teruk apabila dapat tahu pihak villa yang menguruskan pelamin saya telah benarkan pasangan lain guna set pelamin saya pada pagi hari nikah.
Saya bayar lebih RM10,000 untuk pelamin yang direka khas, dengan jaminan eksklusiviti, tetapi akhirnya diberikan kepada orang lain tanpa pengetahuan saya.
Apa yang lebih mendukacitakan, perkara tersebut hanya diketahui pada malam sebelum majlis berlangsung dan pihak villa hanya memohon maaf selepas isu itu dibangkitkan.
Disebabkan masa yang sangat suntuk, Dahlia terpaksa reda dengan keadaan tersebut walaupun hatinya kecewa. Lebih menyedihkan, tiada pampasan atau bayaran semula diberikan oleh pihak berkenaan.
Mereka juga enggan memulangkan semula bayaran atau memberi pampasan, sekadar tukar sedikit pada pelamin tersebut.
Syukur, majlis nikah tetap berjalan lancar. Tapi saya tak sangka mereka sanggup buat macam tu secara senyap dan langsung tak beritahu saya.
Untuk makluman, Dahlia selamat mendirikan rumah tangga dengan Imran Aqil pada 9 September 2023, selepas mengikat tali pertunangan pada 21 Ogos tahun yang sama.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.