Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow secara terbuka tidak menolak peluang jika diberi kesempatan untuk bekerjasama dengan rakan duo, Malique.
Namun begitu, dia hanya menyerahkan keputusan itu kepada Malique kerana enggan mencetuskan sebarang spekulasi.
Insya-Allah kita doakan, jika Malique mendengar apa saya katakan ini, ia terpulang kepada kamu bro. Keputusan di tangan kamu. Saya sentiasa bersedia.
Saya terbuka berkolaborasi bersamanya, bayar RM1 pun saya akan lakukan malah kalau tiada bayaran juga saya tak kisah. Kalau saya yang kena bayar pun saya akan buat (kolaborasi bersama).
Malah menurut Joe, dia menerima terlalu banyak tawaran persembahan bersama Malique apatah lagi komposer itu sudah mula terbuka berkongsi mengenai kehidupannya di Instagram baru-baru ini.
Saya dapat banyak tawaran persembahan bersama Malique. Kalau saya nak cakap jumlah tawaran diberikan, rasanya tinggi nilainya. Saya selalu cakap wang bukan segala-segalanya.
Mungkin ada pihak penganjur menganggap bayaran tinggi boleh mempengaruhi keputusan saya untuk membuat persembahan dengan dia. Lebih-lebih lagi sejak dia membuka akaun Instagram, semakin banyak penganjur menawarkan tawaran persembahan untuk Too Phat.
Mengakui kemunculan Malique sememangnya dinantikan ramai pihak, Joe berkata dia masih lagi belum berhubung dengan rakannya itu kerana tidak mahu membuat sebarang andaian.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.