Bayar PTPTN Hanya Bila Gaji Cecah RM2000

Trending

Bayar PTPTN Hanya Bila Gaji Cecah RM2000

Menerusi mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 23 November lalu, Kabinet telah memutuskan potongan  gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan sebulan berbanding RM1,000 sebulan sebelum ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidkan, Teo Nie Ching.

Advertisement

Menurutnya, kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar 2 peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000 dan ke atas. Pemotongan juga akan bertambah sehingga 15 peratus berdasarkan gaji peminjam.

Terdahulu, semasa pembentangan bajet 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara 2 hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.

Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat bantahan ramai khususnya daripada penuntut universiti yang mendesak agar syarat itu dikaji semula. Kerajaan sepatutnya lebih peka soal kebajikan mahasiswa yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Sumber Berita : Berita Harian

Kredit Foto : Bernama & Johor Press

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...