Menerusi mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 23 November lalu, Kabinet telah memutuskan potongan gaji bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan dibuat sebaik gaji peminjam mencecah RM2,000 sebulan sebulan berbanding RM1,000 sebulan sebelum ini. Perkara itu disahkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidkan, Teo Nie Ching.
Menurutnya, kabinet memutuskan potongan gaji ke atas peminjam PTPTN pada kadar 2 peratus atau RM40 sebaik gaji mereka mencecah RM2,000 dan ke atas. Pemotongan juga akan bertambah sehingga 15 peratus berdasarkan gaji peminjam.
Terdahulu, semasa pembentangan bajet 2019, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengumumkan kerajaan akan melaksanakan potongan gaji berjadual antara 2 hingga 15 peratus kepada peminjam yang berpendapatan melebihi RM1,000 sebulan.
Bagaimanapun, pengumuman itu mendapat bantahan ramai khususnya daripada penuntut universiti yang mendesak agar syarat itu dikaji semula. Kerajaan sepatutnya lebih peka soal kebajikan mahasiswa yang berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi.