“Bayar Hutang Dulu Baru Nikah” – Individu Tuntut Hutang RM4k, Ini Respon Shahir Zawawi

Hiburan

“Bayar Hutang Dulu Baru Nikah” – Individu Tuntut Hutang RM4k, Ini Respon Shahir Zawawi

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim ke-8, Shahir Zawawi khabarnya sedang meniti hari kerana bakal bergelar suami pada hari Jumaat ini.

Namun, dalam debaran menunggu hari bahagia itu, nama Shahir meniti di bibir netizen apabila muncul desas-desus mengatakan bahawa dia gagal menjelaskan hutang beberapa individu tersebar di media sosial.

Advertisement

Perkara itu didedahkan seorang warga maya di ruangan komen sebuah portal yang memaparkan artikel mengenai Shahir, baru-baru ini.

Berikutan itu, Shahir tampil menjawab mengenai dakwaan tersebut dan mengatakan bahawa dia tidak tahu menahu mengenai isu itu dan perlu menyemak semula komen yang dibuat individu tersebut.

Saya tidak tahu tentang cerita tersebut. Sekarang ini sibuk menguruskan hal perkahwinan, jadi tak sempat nak ambil tahu. Saya kenalah semak dahulu apa yang diperkatakan sebab tak tahu hujung pangkalnya.

Dalam komen yang ditinggalkan individu itu, dia mendakwa wang upah yang disertai Shahir dalam sebuah acara gagal dilunaskan sehingga mengalami kerugian.

Komen Facebook Shahir

Malah, komen individu itu juga mendapat sokongan seorang lagi warga maya yang mendakwa syarikat pengurusan artis lain turut mengalami situasi yang sama.

Bayar hutang dulu baru nikah. Aku yang hidup ni pun dia buat senyap sahaja. AF Megastar aku rugi dekat RM4,000. Duit aku sendiri tu.

Terdahulu, Shahir mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama seorang wanita bernama Jaskin Jaludin pada 2 September ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

shuib sharnaaz
3 bulan lalu

Bukan Lagi Rakan Kongsi Francais Bubblebee, Shuib Dah Tak Baik Dengan Sharnaaz Ahmad?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...