Bayar Hanya RM10 Untuk Pergi Ke / Balik Dari Shopping Kompleks Dengan GrabCar MyTeksi

Hiburan

Bayar Hanya RM10 Untuk Pergi Ke / Balik Dari Shopping Kompleks Dengan GrabCar MyTeksi

Jujur Abang Nara cakap, sebelum kewujudan applikasi MyTeksi, memang diri ini jarang naik teksi untuk ke mana-mana. Setahun rasanya sekali je kot naik. Namun selepas kehadiran MyTeksi, tahun ini sahaja sudah lebih dari 10 kali Abang Nara gunakan teksi. Senang, selamat, mudah, boleh pantau dan paling penting, banyak promosi yang best-best.

myteksi

Advertisement

Kalau dulu applikasi wajib download Abang Nara hanya ada tiga iaitu Facebook, Twitter dan Instagram, kini MyTeksi menjadi applikasi keempat yang wajib ada dalam telefon. Senang je nak muatturun. Cuma perlu cari ‘MyTeksi’ sama ada anda guna telefon Android atau iPhone. Cara penggunaannya lagilah senang. Lepas daftar (pastikan letak nombor telefon yang betul), cuma perlu pilih destinasi yang nak pergi dan tekan je ‘next’. Nanti akan keluarlah teksi banyak-banyak yang akan diberikan kepada anda secara automatik.
myteksi

Abang Nara selalu gunakan MyTeksi untuk pergi ke shopping kompleks macam KLCC dan MidValley. Malas nak drive sebab area situ kan selalu jem. Sekarang ini MyTeksi tengah buat promo yang super awesome untuk penggunanya. Gunakan “GrabCar” dari MyTeksi untuk ke mana-mana atau dari mana-mana shopping kompleks di bawah dan hanya perlu bayar RM10 sahaja. Yes!!! Tak kiralah jem ke, jarak jauh sikit dari tempat dituju (tapi still area Lembah Klang la), kita hanya perlu bayar RM10 sahaja. Power kan?

myteksi

Ini shopping kompleks yang boleh korang pergi atau pulang dari untuk mendapatkan flat rate RM10 ini. Bukan RM11, bukan RM12, bukan RM13, hanya RM10 sahaja.

(a) 1 Utama
(b) Bangsar Village
(c) Mid Valley Boulevard
(d) Sunway Pyramid
(e) Suria KLCC
(f) Avenue K

Syarat paling utama untuk dapatkan promosi yang sah sehingga 31 Mac ini ialah memilih ‘GrabCar’ di applikasi MyTeksi. Sila rujuk gambar di bawah:-myteksi

Seronoklah sikit terutama bila nak balik shopping dengan barang yang banyak. Tak perlu penat-penat nak drive lagi. Cuma gunakan “GrabCar” MyTeksi, sampai rumah dan bayar RM10. Siap setel. Dalam perjalanan boleh berehat sekejap. Best kan? Untuk maklumat lanjut tentang promosi awesome ini, silalah layari laman web MyTeksi. Kalau ada pertanyaan, boleh tanya di Twitter @MyTeksi atau Facebook MyTeksi. Diorang memang akan jawab dengan pantasnya. Selamat mencuba!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...