Baru-baru ini, kapal selam dalam ekspidisi pelancongan bagi meneroka bangkai kapal bersejarah Titanic telah dilaporkan hilang di luar pantai tenggara Kanada sejak Ahad lalu.
Difahamkan daripada laporan OceanGate Expeditions pada Isnin lalu, pihak mereka telah mengambil semua inisiatif untuk menyelamatkan lima orang yang dipercayai berada dalam kapal selam tersebut.
— OceanGate Expeditions (@OceanGateExped) June 19, 2023
Lima penumpang yang hilang itu dipercayai terdiri daripada dua krew, CEO syarikat Stockton Rush serta dua lagi penumpang yang membayar sebanyak £195,000 (~RM987,000) seorang untuk melawati bangkai Titanic.
Menurut laporan, kali terakhir kapal selam itu dilihat adalah berhampiran dengan Titanic dan dipercayai mereka terperangkap di puing kapal.
Kini, misi mencari serta menyelamatkan kapal selam tersebut sedang dijalankan dengan bantuan beberapa agensi serta tentera laut.
Difahamkan juga, misi pencarian sudah semakin suntuk susulan bekalan oksigen kapal selam berkenaan hanya untuk 70 jam sahaja lagi.