Seorang usahawan kosmetik dari Makassar, Indonesia dikenali sebagai Citra Insani menarik perhatian ramai selepas dia berkongsi video memaparkan dirinya menangis kerana telah ditipu.
Kata Citra, dia berasa sedih telah ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam urusan cubaan untuk menjadikan anaknya seorang anggota polis.
Difahamkan, dia telah membayar ‘orang dalam’ yang mengakui dirinya aktivis anti-rasuah dan mengenali seseorang dalam organisasi tertinggi jabatan polis.
Menurut nenek Gonzalo, individu berkenaan mendekati keluarga Citra pada hari Gonzalo mendaftar sesi saringan untuk menjadi polis dengan menabur janji dia mampu ‘memudahkan’ proses itu.
View this post on Instagram
Kononnya, individu ini akan membantu anak Citra iaitu Gonzalo Al-Ghazali agar melepasi proses saringan calon Akademi Kepolisian (Akpol) dan meminta upah sehingga 4.9 juta Rupiah (RM1,361).
Citra yang mempercayai individu itu bulat-bulat bukan sahaja menghabiskan wang tetapi juga turut memberikan jongkong emas, rantai dan cincin emas miliknya.
Tidak lama selepas itu, Gonzalo telah menerima berita bahawa salah seorang rakannya berjaya melepasi proses saringan itu namun namanya tidak terpilih.
Ketika itulah keluarga tersebut sedar bahawa mereka sudah tertipu lalu membuat laporan polis dan kemudian pelaku terbabit, Andi Fatmasari ditahan pihak berkuasa.
(Kerugian) Rp4,9 juta diambil secara berperingkat. Diambil dulu Rp1,5 juta. Kemudian diminta pula lagi Rp1,5 juta melalui ‘transfer’, katanya (pelaku), dia mahu memberikan kepada pengurus kerana terdapat banyak persaingan untuk meloloskan nama Gonzalo.
Keluarga Citra Insani sangat dikenali sebagai hartawan di Makassar malah turut digelar ‘Crazy Rich Makassar’ di mana mereka menjalankan perniagaan klinik kecantikan dan percutian di ibu kota Sulawesi Selatan itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.