“Bayangkan Tiba Dah Tak Contact Pun Saya Dah Murung” – Setiap Hari ‘Curhat’ & Video Call, Wanita Buntu Terlanjur Sayang Suami Orang

Kehidupan

“Bayangkan Tiba Dah Tak Contact Pun Saya Dah Murung” – Setiap Hari ‘Curhat’ & Video Call, Wanita Buntu Terlanjur Sayang Suami Orang

Baru-baru ini, di platform Threads, tular satu hantaran yang membuatkan warganet tergamam susulan pengakuan seorang wanita yang terlanjur jatuh cinta dengan rakan sekerja yang berstatus suami orang.

Video call setiap hari dengan rakan sekerja berstatus suami orang

Dalam hantaran tersebut, wanita yang dikenali sebagai Ella menceritakan pada mulanya, dia memang sudah mengetahui rakan sekerjanya itu adalah suami orang tetapi hanya menganggap pertemuan di restoran hanya untuk makan malam.

Advertisement

Tetapi hubungan itu mula bertambah rapat apabila mereka sering video call, tidak kira sama ada dalam perjalanan ke tempat kerja atau perjalanan pulang daripada tempat kerja.

tersuka rakan sekerja berstatus suami orang

Lama-lama perasaan itu berubah jadi sayang. Dia tak pernah burukkan wife dia. Cuma dia sayang dia dan saya sayang dia. Kitaorang more to kawan, share masalah.

Rasa bersalah tapi susah nak lupakan..

Kata wanita itu lagi, dia sering memberitahu lelaki terbabit bahawa dirinya rasa bersalah mempunyai perasaan terhadap suami orang tetapi rakan sekerjanya itu hanya meminta untuk dia tidak memikir terlalu jauh.

Kitaorang memang dah ada perasaan lain selain kawan. Benda ni salah kan? Saya taknak jadi perampas tapi saya tak tahu macam mana nak putuskan semua ni..

Susulan hantaran tersebut meraih perhatian ramai, ada netizen memberi nasihat untuk dia tidak lagi menghubungi lelaki terbabit tetapi wanita berkenaan dia tidak sanggup membayangkan perkara itu berlaku.

tersuka rakan sekerja berstatus suami orang

Cuba suka lelaki single tapi ‘tak menjadi’

Tambahannya lagi, dia sama sekali tidak mereka cerita dan dia pernah cuba mengenali lelaki berstatus single serta mempunyai pendapat lebih rendah daripadanya tetapi tak boleh.

Mostly lelaki yang earn sama dengan I or better than me, mostly dah kahwin. I nak lelaki sebab duit? I dah ada duit I. Tak perlu pun duit lelaki.

Hantaran tersebut difahamkan sudah dipadam oleh wanita berkenaan susulan menerima kecaman hebat daripada kalangan netizen.

pengantin viral kahwin isteri pertama hamil
2 hours ago

"Rampas Kebahagiaan Wanita Lain Lepas Tu Boleh Gelak Ketawa?" - Nikah Saat Isteri Pertama Sarat Hamil, Netizen Tularkan Video

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...