“Bayangkan Kalau Bini Yang Buat” – Imran Aqil Dikecam Daftar Ironman 7.0 Luar Pengetahuan Dahlia Rizal

Hiburan

“Bayangkan Kalau Bini Yang Buat” – Imran Aqil Dikecam Daftar Ironman 7.0 Luar Pengetahuan Dahlia Rizal

Pempengaruh media sosial, Imran Aqil tampil memberi penjelasan selepas perkongsiannya mengenai impian menyertai Ironman 70.3 menjadi bualan di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran di TikTok, Imran atau nama sebenarnya Muhammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 26, berkongsi satu komen individu yang menegur tindakannya sebagai seorang suami.

Advertisement

Menurut individu tersebut, seorang lelaki sepatutnya mengejar impian semasa masih bujang dan bukan selepas mendirikan rumah tangga.

Mengulas perkara tersebut, Imran menjelaskan dia masih dalam proses belajar mengimbangi impian peribadi dengan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Saya baru dua tahun kahwin kak, masih belajar untuk seimbangkan antara impian peribadi dan amanah sebagai ketua keluarga.

Tujuan saya buat video itu untuk hargai isteri saya dan beri pengajaran pada lelaki di luar sana untuk tidak ulangi kesilapan yang sama tanpa berbincang dengan isteri.

Pada saya, kejar impian itu tak semestinya lari dari tanggungjawab.

Imran turut menegaskan bahawa dia dan isterinya, pempengaruh media sosial Dahlia Rizal, saling menyokong antara satu sama lain dalam mengejar minat dan impian masing-masing.

Saya sentiasa sokong impian isteri saya. Saya pernah jaga anak selama dua jam sementara isteri (Dahlia) sedang bersukan kuda.

Sama juga Dahlia yang jaga anak, uruskan rumah ketika saya sedang training.

Untuk rekod, Imran dan Dahlia mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023 dan hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Yusra, yang lahir pada 7 Mei lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

yusuf bahrin zizi kirana
2025-10-02 12:25:55

"Zizi Kirana Mohon Ampun, Minta Halalkan Makan Minum Sepanjang Bergelar Isteri" - Yusuf Bahrin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...