“Bayangkan Itu Mak Ayah Kita” – Aliff Syukri Minta Netizen Hentikan Kejian Melampau Buat Najib Dan Rosmah

Hiburan

“Bayangkan Itu Mak Ayah Kita” – Aliff Syukri Minta Netizen Hentikan Kejian Melampau Buat Najib Dan Rosmah

Usahawan kosmetik terkenal yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri ada membuat teguran kepada netizen yang dakwanya seolah-olah bergembira dan ‘bertepuk tangan’ di atas hukuman yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Kata Aliff, dia memohon agar orang ramai agar tidak mengeji dan menghina kedua-dua figura itu setelah hukuman berat telah dikenakan oleh mahkamah terhadap mereka baru-baru ini.

Advertisement

Dugaan Najib dan Rosmah di hujung usia. Jangan mengeji dan menghina melampau, cuba bayangkan itu mak ayah kita. Lagipun dugaan kita nanti tak tahu lagi macam mana awak.

Dia dalam pada itu turut memuat naik foto Najib dan Rosmah di laman Instagram miliknya untuk tatapan peminat.

Malah, Aliff juga ada berkongsi pengalamannya ditahan pihak polis bagi membantu siasatan sebuah kes yang mendapatinya tidak bersalah.

Ujarnya, peristiwa itu telah memberi kesan dan impak yang besar buat dirinya dan dia sama sekali tidak dapat melupakan momen tersebut hingga ke akhir hayat.

Itu adalah detik yang tak dapat saya lupakan seumur hidup. Ini pulak kes seperti Datin Seri Rosmah dan Datuk Seri Najib, saya tak dapat bayangkan perasaan itu jika saya di tempat mereka.

Aliff juga sempat menasihatkan orang ramai di luar sana agar tidak sewenang-wenangnya menghitung dosa orang lain sehingga lupa untuk menilai diri sendiri.

Terdahulu, Najib dan Rosmah masing-masing telah didapati bersalah dalam kes sabitan penyelewangan dana dan rasuah bagi SRC International Sdn Bhd serta projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Lebih Baik Bunuh Saya" - Kenapa Rosmah Mansor Cakap Begitu? Sebab Kenyataan Timbalan Pendakwa Raya Ini...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...