Bayangkan Anda Berada Dalam Penerbangan Penuh Najis Dan Sampah

Travel

Bayangkan Anda Berada Dalam Penerbangan Penuh Najis Dan Sampah

Cuba bayangkan anda berada dalam penerbangan yang kotor dengan najis? Jijik bukan? Namun itu lah yang berlaku di dalam sebuah penerbangan yang viral di Twitter baru-baru ini.

Video yang berdurasi 52 saat itu telah dikongsikan oleh pemilik akaun Travel Jimat yang menunjukkan keadaan sebuah pesawat yang dipenuhi najis bersepah di dalam tandas.

Bukan itu saja keadaan di tempat duduk penumpang juga penuh dengan sampah sarap yang dibiarkan di atas lantai. Keadaan di dalam penerbangan itu seolah olah berlakunya bencana alam gempa bumi dengan sampah yang berselerak.

Advertisement

Video yang mendapat perkongian sebanyak 525 retweet itu turut mendapat kecaman dari netizen oleh kerana rata-rata penumpang di dalam video itu kelihatan seperti orang muslim.

Ada juga komen netizen yang cuba bersangka baik dengan apa yang telah terjadi dengan menyalahkan air turbulence yang kuat.

Netizen mengibaratkan penumpang pesawat tersebut seolah olah tiada sivik.

Namun tiada lagi sumber yang sahih mengenai penerbangan di dalam video ini. Yang pastinya tiada alasan untuk tidak menjaga kebersihan walau dimana saja anda berada.

Sumber: Twitter 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...