Nama Fattah Amin dan Amira Othman menjadi sebutan hangat di Threads selepas seorang pengguna meluahkan rasa kurang senang terhadap interaksi antara kedua-dua selebriti itu yang dilihat terlalu mesra.
Menerusi entri yang tular itu, netizen tersebut menulis,
Apa yang menggeletis sangat si Fattah Amin dengan Amira Othman ni. Boleh relax sikit tak? Cringe la please.
Tambahnya,
Bayangkan anak sendiri nanti dah besar tengok video video bapak dia cringe bercinta macam tak ada hari esok.

Rata-rata pengguna lain turut memberikan pandangan berbeza di mana ada yang bersetuju dan merasakan interaksi mereka agak berlebihan, manakala ada juga yang mempertahankan kedua-duanya dan menyifatkan bahawa itu adalah norma dalam perhubungan mereka.
Malah ada juga yang menyelar dan mengatakan individu berkenaan sebenarnya mempunyai masalah hati dan tidak senang melihat kemesraan mereka.