Pasangan pelakon yang cukup ‘sweet’ iaitu Pekin Ibrahim dan Mona Allen baru-baru ini ada membuat pengumuman mengujakan apabila mereka berdua bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama sahaja lagi.
Perkara itu diumumkan dalam sebuah majlis ‘gender reveal’ yang diadakan pada hari Sabtu yang lalu.
Namun, dalam kegembiraan tersebut, aktres Mona Allen atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen,37, berkata ada segelintir pihak yang mempertikaikan majlis ‘gender reveal’ tersebut.
Kata Mona, ada yang bercakap-cakap dan mengkritik bahawa tiada sebarang keperluan untuk majlis tersebut diadakan kerana ia budaya masyarakat Barat.
Mereka berdua kemudiannya tampil menjelaskan mengenai perkara berbangkit dan memaklumkan bahawa majlis itu diadakan bagi menguar-uarkan kehadiran anak mereka nanti secara terbuka kepada peminat.
Ini berikutan Mona dan Pekin enggan menjawab satu persatu pertanyaan dan soalan pengikut media sosial mereka terutamanya di Instagram.
Percayalah, takkan kita nak jawab satu persatu, agak penat. Jadi kita pilih satu tarikh dan buat pengumuman kepada umum.
Cuba bayangkan ada 50,000 orang bertanya boy atau girl? Walaupun dah dimaklumkan untuk yang ingin tahu tapi masih ada lagi bertanya.
Mona juga menafikan bahawa mereka berdua mengadakan majlis itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya mempunyai alasan mereka yang tersendiri.
Sekadar info, Mona Allen dijangka menimang cahaya mata sulungnya pada penghujung September ini hasil perkongsian hidup bersama Pekin Ibrahim atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim yang disatukan pada 7 Disember 2018 yang lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.