“Bayang Sol Langsung Tak Nampak” – Puteri Sarah Masuk Hospital, Netizen ‘Tertunggu’ Kelibat Syamsul Yusof

Hiburan

“Bayang Sol Langsung Tak Nampak” – Puteri Sarah Masuk Hospital, Netizen ‘Tertunggu’ Kelibat Syamsul Yusof

Pelakon Puteri Sarah Liyana dilaporkan telah dimasukkan ke hospital gara-gara aktres itu mengalami kepenatan melampau sejuruh tiba dari Dubai pada Sabtu lalu.

Perkara tersebut turut diuar-uarkan ibu kepada dua anak itu di Instagram di mana dia dikatakan mula berasa tidak sedap badan dan batuk-batuk sejak berada di Makkah.

Advertisement

Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang.

Lepas pulang ke rumah, selesai berkemas dan makan, saya terus ke hospital.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan juga rakan artis tampil mendoakan agar Puteri Sarah cepat sembuh dan segera pulih seperti biasa.

Dalam pada itu, ada juga yang mempersoalkan kehadiran suami Puteri Sarah, Syamsul Yusof yang dilihat tiada di sisi ketika pelakon itu dimasukkan ke hospital.

Alangkah bagus bila suami dan anak-anak teman di hospital. Ya Allah, Sol tak ada hati dan perasaan ke? Isteri kau sakit kot..

Terdahulu, Puteri Sarah difahamkan ada ke Tanah Suci Mekah bersama anak-anaknya untuk menunaikan umrah dan turut mengunjungi Dubai bagi tujuan bercuti sejurus selepas tamat ibadah itu.

Dayah
2 years ago

(VIDEO) Dihalang Masuk Rumah Sendiri, Balu Abam Bocey Tuntut RM60K - "Korang Nilaikanlah Sendiri"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...