Bawa Watak ‘Penyondol’, Mimi Lana Mohon Netizen Tidak Mendoakan Perkara Yang Buruk Atas Nama Sebenarnya

Hiburan

Bawa Watak ‘Penyondol’, Mimi Lana Mohon Netizen Tidak Mendoakan Perkara Yang Buruk Atas Nama Sebenarnya

Pelakon, Mimi Lana telah membuat satu hantaran di akaun Instagramnya mengenai pelbagai respons yang diterimanya ketika membawa watak orang ketiga di dalam sebuah drama, Andai Tiada Dia.

Menerusi hantaran tersebut, pelakon tersebut mengatakan bahawa dia mengetahui rata-rata penonton drama tersebut berasa kesal dengan watak yang dimainkan olehnya.

Advertisement

Saya faham semua orang tengah marah sangat dengan karakter Intan di dalam drama Andai Tiada Dia buat masa sekarang, tambah pula isu penyondol di dalam rumah tangga ni tengah hangat untuk sekalian rakyat jelata.

Namun pelakon tersebut meminta agar penonton tidak mendoakan perkara yang negatif terhadapnya.

Awak semua janganlah mendoakan perkara yang tidak baik atas nama sebenar saya.

Pelakon tersebut turut menegaskan bahawa personalitinya tidak sama dengan watak yang dibawanya itu.

Intan sama sekali bukan Mimi Lana.

Mimi lana

Saya hanya interpretasi watak yang sedang berlaku di sekeliling kita semua untuk kita semua ambil iktibar dan jauhkan perangai macam Intan dari kita semua.

Pelakon tersebut turut menasihati penontonnya untuk mengambil pengajaran dan menikmati lakonannya tanpa melibatkan kehidupan peribadinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

2 weeks ago

"Semua Orang Boleh Menyanyi Tapi Bukan Semua Boleh Jadi Penyanyi" - Guru Vokal Beri Pendapat Persembahan 'Live' Fazura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...