Bawa Watak Berbeza, Siti Saleha Cuba Imej Bersolek Tebal Dan Berkuku Palsu

Hiburan

Bawa Watak Berbeza, Siti Saleha Cuba Imej Bersolek Tebal Dan Berkuku Palsu

Pelakon Siti Saleha bakal berlakon dalam drama terbaru berjudul Scammer yang akan menampilkan sisi berbeza pelakon tersebut sebagai watak antagonis bernama Amy bekerja sebagai peguam bela namun secara rahsia beliau terlibat dalam money laundering.

Siti Saleha Mohd Baharum atau lebih senang dikenali sebagai Saleha berkata watak yang dilakoni olehnya dalam drama tersebut memerlukan dia untuk pakai solekan yang tebal termasuk sekali kuku palsu.

Advertisement
siti salehaSumber : Instagram Siti Saleha  

Pada mulanya dia berhasrat untuk mewarnakan rambutnya bagi menampakkan kelainan namun tidak jadi, tetapi Saleha tetap melakukan sedikit perubahan seperti membuat penyambungan bulu mata palsu.

Katanya kepada mStar,

Untuk watak dalam drama ini memang berbeza dengan watak yang saya pernah pegang sebelum ini. Watak Amy ini memerlukan saya berdandan lebih sebab dia seorang yang sangat bergaya.

Jadi saya bersiap agak lama juga untuk masa set sebab memerlukan solekan tebal dan kuku palsu. Ikutkan, saya nak warna rambut supaya nampak lain. Tapi disebabkan ketika itu keadaan PKP dan salon tidak dibenarkan buka, jadi tak tercapailah hasrat saya itu.

Selain Saleha berlakon dalam Scammer arahan Norhanisham Muhammad, ia turut menampilkan barisan pelakon seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir dan Didie Alias.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...