Bawa Teksi 8 Jam Sehari Dapat RM15, Ebit Lew Sebak Dengar Kisah Lelaki Kudung Ini Cari Duit Sara Dua Anak

Hiburan

Bawa Teksi 8 Jam Sehari Dapat RM15, Ebit Lew Sebak Dengar Kisah Lelaki Kudung Ini Cari Duit Sara Dua Anak

Nama yang tidak asing lagi kerana sering saja menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, penceramah bebas Ebit Lew kali ini tampil berkongsikan sebuah kisah mengenai kesusahan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang gigih mencari nafkah untuk menyara kehidupan dan juga anak-anak.

Lebih meruntun hati, lelaki berkenaan yang telah kudung tangan kanannya itu telah ditemui Ebit Lew sedang tersadai di tepi jalan ibu kota kerana teksi yang dibawa mengalami kerosakan.

Advertisement

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai ‘pak cik’ itu dilihat turut memberitahu Ebit Lew bahawa dia hanya mampu meraih pendapatan sekitar RM15 sehari untuk menyara keluarganya.

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Ebit yang menulis di Instagramnnya meluahkan rasa sayu kerana masih terdapat insan yang gigih mencari rezeki meskipun hilang upaya seperti manusia normal.

“Sayu tadi pusing Kuala Lumpur terjumpa pakcik bawa teksi sebelah tangan. keretanya rosak. Banyak rosak. Kerja 8 jam sehari dapat RM15 ke RM20 sahaja sepanjang tahun. Setiap hari keluar rumah cari rezeki. 14 tahun bawa teksi. Tangan sebelah tiada kerana kemalangan jalan raya.”

Tampil meringankan beban, Ebit Lew dilihat telah membawa lelaki tersebut ke bengkel untuk membaiki kenderaannya yang rosak dan memberi sedikit wang bantuan dalam menghadapi hari-hari mendatang.


Dalam pada itu, penceramah selebriti itu turut mendoakan agar pakcik tersebut dipermudahkan urusan seharian dan berharap kedua anaknya berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

Meninjau ruangan komen, pengikut Instagram Ebit Lew rata-rata berterima kasih atas sifat dermawan yang ditunjukkan dan ada juga yang berharap untuk menjadi seperti dirinya, suatu hari nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...