Sebuah taman rekreasi bertemakan haiwan telah diperkenalkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pastinya akan membuatkan pemilik si bulus kucing gembira dan teruja!
Tempat rekreasi kucing di Shah Alam kini dibuka
Difahamkan, taman yang diberi nama Catopia Shah Alam itu berkonsepkan kawasan permainan luar bagi kucing peliharaan anda.
Maklum Mohd Azhar Mohd Sharif selaku Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Catopia Shah Alam dibuka secara percuma kepada pengunjung setiap hari bermula 5 Julai sehingga 31 Disember.
Catopia beroperasi dari jam 10 pagi sehingga 7 malam dan boleh memuatkan sehingga 20 ekor kucing pada satu masa.
Pembinaan Taman Rekreasi Kucing ‘Catopia Shah Alam’ ini adalah inisiatif pihak MBSA untuk meningkatkan tahap kesedaran dalam komuniti di Shah Alam berkaitan pemilikan haiwan peliharaan dengan bertanggungjawab.
Antara elemen yang diperkenalkan dalam Catopia Shah Alam ini adalah tempat perlindungan dan makanan kucing, kolam air pancuran mini, kawasan rumput ‘helikopter’, kawasan pasir dan banyak lagi.
Azhar juga berharap agar Catopia Shah Alam dapat menjadi salah satu tempat pelancongan untuk menarik lebih banyak pengunjung ke daerah itu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.