Bawa Pulang Wang Tunai RM4.7 Juta, Team Selangor Red Giant Cipta Sejarah Juarai Aksi Antarabangsa E-Sport Mobile Legend Bang Bang

Berita

Bawa Pulang Wang Tunai RM4.7 Juta, Team Selangor Red Giant Cipta Sejarah Juarai Aksi Antarabangsa E-Sport Mobile Legend Bang Bang

Pasukan Selangor Red Giants (SRG) semalam telah mencipta sejarah apabila mereka menamatkan kemarau 7 tahun Malaysia dalam menjuarai aksi antarabangsa e-sukan di kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB).

Difahamkan SRG beraksi menentang pasukan Filipina Falcons Ap Bren Sport di mana perlawanan tersebut berlangsung di Amazon Arean Riyardh, Arab Saudi.

Advertisement

Pasukan SRG bermula dengan kutipan mata yang tidak memberansangkan apabila tewas dengan keputusan 23 ‘kills’ berbalas 16.

Mereka kemudian bangkit apabila memenangi perlawanan kedua meskipun lawan mereka, AP Bren berjaya mendahului dengan jumlah ‘kills’ 14-11.

Secara ringkas, kedua-duanya mendapat keputusan turun naik lalu mengheret mereka ke perlawanan ke-6 yang menyaksikan SRG seperti tidak memberi peluang kepada AP Bren untuk mendominasi perlawanan sekaligus mengesahkan kejuaraan SRG dalam Mid Season Cup Mobile Legeng Bang Bang untuk tahun ini.

Pada perlawanan itu, pemain ‘jungler, SRG Sekyss atau nama sebenarnya Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul yang baru berusia 17 tahun telah dinobatkan sebagai pemain paling bernilai pada kejohanan kali ini.

Kemenangan itu menyaksikan SRG membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM4,669,303.78.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 months ago

Donald Trump Ditembak Ketika Berucap Semasa Berkempen, Alami Luka Di Telinga Kanan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...