Mengambil peluang bersempena dengan Maulidur Rasul, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton filem Pusaka di panggung wayang bersama-sama dengannya.
Bukan itu sahaja, dia turut membelanja kesemua pelajar tahfiz tersebut menikmati makanan segera (fast food). Jelas terpancar betapa seronoknya anak-anak tahfiz dapat meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.
Bagaimanapun, niat murni Sakinah disalah erti oleh netizen. Tindakannya mendapat respon negatif dimana rata-rata netizen mempertikaikan niat Sakinah membawa anak-anak tahfiz berhibur dengan menonton wayang.
“Banyak aktiviti lain boleh dibuat.
Tidak sesuai bawa pelajar tahfiz ke
tempat sebegitu.”
Respon Sharifah Sakinah
Meskipun dikecam, masih ada pihak yang memberikan sokongan dan memuji niat Sakinah yang ingin menggembirakan anak-anak tersebut. Biasalah, mulut orang ini kita tidak boleh tutup. Tidak perlu terlalu layankan ‘mak cik bawang’, apa yang penting niat anda itu sudah cukup mulia.
Anonymous
November 12, 2019 at 6:34 pm
Betul tu ….
Mak mak la sgt ...
November 12, 2019 at 6:33 pm
Oooo….ingat nak sedekah fast food kat budak bud tahfiz …. Tak jadi la ….sebab mereka kan budak saja ..kena makan makanan berkhasiat .
Biar aku sedekah kat pelarian ..dapat juga pahala ….budak budak tu pun kan happy ….
Budak budak tahfiz ni dah jadi untouchable pulak oleh golongan netizen …
@makchik cabai …
Anonymous
November 12, 2019 at 6:26 pm
Haram ke?
Anonymous
November 12, 2019 at 1:43 pm
Astaghfirullah..bawa mengucap saudara..jangan merendah2kan institusi keagamaan kita..kita doa je yang baik2..panglima syaitan yang tengah mereka perangi bukan macam kita iman setebal kulit bawang ni..jadilah mereka yang membantu dalam agama bukan jadi mereka yang menyebarkan wabak..
naz
November 12, 2019 at 12:39 pm
banyak bnda kene piki kina.. nmpk u belum matang disitu,,, belajar dari ahlinya bkn suka nk post buat orag marah dan fitnah