Mengambil peluang bersempena dengan Maulidur Rasul, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton filem Pusaka di panggung wayang bersama-sama dengannya.
Bukan itu sahaja, dia turut membelanja kesemua pelajar tahfiz tersebut menikmati makanan segera (fast food). Jelas terpancar betapa seronoknya anak-anak tahfiz dapat meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.
Bagaimanapun, niat murni Sakinah disalah erti oleh netizen. Tindakannya mendapat respon negatif dimana rata-rata netizen mempertikaikan niat Sakinah membawa anak-anak tahfiz berhibur dengan menonton wayang.
“Banyak aktiviti lain boleh dibuat.
Tidak sesuai bawa pelajar tahfiz ke
tempat sebegitu.”
Respon Sharifah Sakinah
Meskipun dikecam, masih ada pihak yang memberikan sokongan dan memuji niat Sakinah yang ingin menggembirakan anak-anak tersebut. Biasalah, mulut orang ini kita tidak boleh tutup. Tidak perlu terlalu layankan ‘mak cik bawang’, apa yang penting niat anda itu sudah cukup mulia.
Manusia bukan malaikat ...manusia ada nafsu .
November 12, 2019 at 10:54 am
Budak budak tahfiz still manusia …bukan tahap nabi nabi banggan netizen….
Ingat ulamak ulamak tu nnabi ka …belakang kain lagi teruk ….
Pusat tahfiz entah apa apa going on belakang tabir ..
Dodol
November 12, 2019 at 9:16 am
Mak bapak yg hantar anak gi Tahfiz malas nak jaga anak. Hantar la konon belajar agama. Podah… Jaga anak sampai 6 tahun ja pastu bagi org yg konon nyer ajar agama jaga.. tak ada makna nyer aku beranak nak bagi org lain jaga anak aku yg kecik lagi tu. Besar esok kluar Tahfiz masuk reality show jadi PU.. pastu comment pasal artis. Puiii…
dina
November 12, 2019 at 9:03 am
sakinah ke ni??? ko pulak yg emo terlebih..wakakakakaka
Makcik Cabai
November 12, 2019 at 9:00 am
Setuju sangat… pernah tengok wawancara budak tahfiz… dari aspek pemakanan di rumah pun ibu bapa diorang jaga supaya ilmu yang anaknya belajar dapat diingat dengan baik… ni SS bawa g makan fast food.. aduhai fast food tu tak berkhasiat langsung.. kesian anak2..
Adakah SS cuba menghalalkan benda yang haram?
Anonymous
November 12, 2019 at 8:14 am
Kalau Sakinah ni kurang sensitive bab ni..mana guru agama yang mengajar budak tahfiz ni….lepas gitu jer