Mengambil peluang bersempena dengan Maulidur Rasul, pelakon Sharifah Sakinah baru-baru ini membawa sekumpulan pelajar tahfiz menonton filem Pusaka di panggung wayang bersama-sama dengannya.
Bukan itu sahaja, dia turut membelanja kesemua pelajar tahfiz tersebut menikmati makanan segera (fast food). Jelas terpancar betapa seronoknya anak-anak tahfiz dapat meluangkan masa bersama pelakon wanita itu.
Bagaimanapun, niat murni Sakinah disalah erti oleh netizen. Tindakannya mendapat respon negatif dimana rata-rata netizen mempertikaikan niat Sakinah membawa anak-anak tahfiz berhibur dengan menonton wayang.
“Banyak aktiviti lain boleh dibuat.
Tidak sesuai bawa pelajar tahfiz ke
tempat sebegitu.”
Respon Sharifah Sakinah
Meskipun dikecam, masih ada pihak yang memberikan sokongan dan memuji niat Sakinah yang ingin menggembirakan anak-anak tersebut. Biasalah, mulut orang ini kita tidak boleh tutup. Tidak perlu terlalu layankan ‘mak cik bawang’, apa yang penting niat anda itu sudah cukup mulia.