Bawa Lori Gear Manual, Wany Hasrita Curi Perhatian Peminat Di Media Sosial

Hiburan

Bawa Lori Gear Manual, Wany Hasrita Curi Perhatian Peminat Di Media Sosial

Penyanyi lagu Belenggu Rindu, Wany Hasrita nampaknya telah mencuri perhatian peminat apabila dia telah memuat naik sebuah video di mana dia telah cuba membawa sebuah lori.

Dalam video tersebut, Wany dilihat dengan cermat mengemudi kenderaan tersebut sambil melambai-lambai tangannya di luar cermin sisi.

Advertisement
View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

“Hai, sedangkan lori pun saya boleh handle, inika lagi masa depan kita. Undilah saya..” ujarnya berseloroh di bahagian kapsyen video.

Meninjau ruangan komen, ramai peminat tampil kagum dengan kebolehan Wany membawa lori tersebut dengan baik.

View this post on Instagram

A post shared by WH (@wanyhasrita)

Malah, ada di antara netizen yang tersilap menyangka penyanyi itu dengan ADUN Ketari, Young Syefura Othman di mana wajah mereka saling tidak tumpah dan seiras.

“Perempuan yang bawa manual ni sangat rare ye..lori pulak..” komen seorang pengguna warga maya.

Sering berkongsi mengenai aktiviti hariannya di media sosial, video tersebut telah mendapat hampir puluhan ribu tontonan oleh warga Twitter.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...