Sudah menjadi lumrah manusia yang hidup pasti akan menemui ajal, tidak mengira usia mahupun harta. Kebiasaannya, sebelum seseorang itu meninggal si mati akan meninggalkan wasiat atau pesan kepada waris terdekat untuk melaksanakan sesuatu perkara penting sesudah dia pergi nanti.
Namun, jarang pula kita mendengar pesanan atau wasiat yang pelik-pelik daripada si mati.
Tetapi perkara tersebut sudah tidak mustahil apabila seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Afrika Selatan dikhabarkan meninggalkan pesanan kepada waris terdekat untuk mengebumikannya bersama kereta kesayangan.
Si mati adalah lelaki yang dikenali sebagai Tsheke Pitso, berusia 72 tahun
Menurut sumber, si mati telah dipakaikan suit berwarna putih serba lengkap dan diletakkan di bahagian tempat duduk pemandu, lalu tangannya diletakkan pada bahagian stereng kereta yang kelihatan seolah-olah si mati sedang memandu kereta tersebut.
Itu permintaan si mati
Menurut anak lelaki si mati, ayahnya adalah seorang usahawan yang kaya di sana. Oleh itu, si mati mampu membeli kereta mewah secondhand sewaktu dia masih hidup. Namun, si mati berasa sedih kerana kereta yang dibeli itu telah mengalami kerosakan dan tidak dapat digunakan lagi.
Penduduk setempat dikatakan sanggup langgar perintah ‘lockdown’ untuk melihat upacara pengebumian itu.
Rata-rata penduduk di sana memenuhi kawasan pengebumian itu untuk melihat cara pengebumian yang dilakukan, memandangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku sebelum ini.