Seluruh rakyat Malaysia ketika ini sedang menanti dengan penuh rasa debar tentang pengakhiran kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin.
Terdahulu, kelibat ibu Zayn Rayyan yang dibawa ke Apartmen Idaman, Damansara Damai pagi semalam bagi proses lakonan semula telah mendapat perhatian masyarakat.
Difahamkan, lakonan semula dijalankan untuk menggambarkan situasi semasa kejadian daripada tempoh kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu sehinggalah ketika mayatnya ditemui pada malam keesokan harinya.
Bawa kek pergi kubur, nyanyi ‘happy birthday’
Gara-gara kes ini hangat menjadi bualan seluruh rakyat, banyak video berkaitan arwah mendapat perhatian di media sosial seperti satu video ini yang kembali tular di TikTok.
Video tersebut dirakam pada Februari lepas dan ia memaparkan ibu bapa Zayn Rayyan dan adiknya sedang duduk di sisi kuburnya untuk meraikan hari lahir arwah.
Mereka turut membawa kek dan menyanyikan lagu ‘happy birthday’ sebelum ibunya meniup lilin.
Netizen rasa ‘sesuatu’
Tindakan mereka itu mengundang kritikan kerana melakukan perkara yang bidaah dari sudut agama namun warganet semakin merasakan ‘sesuatu’ tentang pasangan tersebut.
Ada yang mendakwa raut wajah ibu Zayn seperti tidak sedih selepas kehilangan anak tersayang dan sesetengah individu sempat memberi nasihat agar orang ramai tidak berkata yang bukan-bukan.
Kenapa tak buat tahlil, doa untuk arwah Zayn Rayyan. Ini (bawa kek sambut hari lahir di kubur) bukan adat kita…”