Bawa Pergi Kampung, Ubai Mahu Shila Biasakan Diri Hidup Cara B40 – “Sekarang Baru Dia Merasa Beli Bundle”

Hiburan

Bawa Pergi Kampung, Ubai Mahu Shila Biasakan Diri Hidup Cara B40 – “Sekarang Baru Dia Merasa Beli Bundle”

Pasangan yang sedang hangat bercinta ini, Shila Amzah dan Ubai sering meraih perhatian terutamanya di TikTok malah ramai nampaknya begitu tidak sabar menantikan hari bahagia mereka.

Shila dan Ubai selalu diajukan soalan berkaitan hubungan mereka untuk ke fasa yang lebih serius apatah lagi baru-baru ini penyanyi tersebut dihadiahkan cincin oleh kekasihnya itu.

Advertisement

1 year ago

"Kami Ada Rancang Kahwin, Tapi..." - Ubai Nafi Beri Cincin Lamaran Untuk Shila Amzah, Rupanya Sebab....

Sebelum ini, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli ada memaklumkan bahawa mereka akan mengikut turutan adat dalam hubungan.

Bagaimanapun, pemuda berusia 25 tahun itu ada meluahkan bahawa dia masih belum mempunyai modal yang cukup untuk mengahwini kekasihnya dalam masa terdekat.

Jelasnya, perkahwinan itu memerlukan jaminan daripada segi kewangan terutamanya dan dia turut akui ada simpanan sendiri yang dikumpul.

Modal bukan sikit nak kahwin…besar. Modal pun tak cukup ni, kumpul tu ada lah untuk simpanan sendiri… Kahwin ni kena fikir jauh.”

@mstarmalaysia

“Kita ikut adat”… Ubai dah beli cincin, bersedia kahwin Shila Amzah #shilaamzah #mstar #sembangentertainment

? original sound – mStar Official – mStar Official

Dalam pada itu, Ubai mengaku Shila banyak mengajarnya untuk menyimpan manakala dia pula sedang cuba ‘mengajar’ ibu kepada Seth Uwais itu untuk rasai kehidupan sebagai B40.

Saya bawa Sha ke ‘alam’ saya. ‘Alam’ B40 orang cakap. Bawak pergi kampung, main longkang. Dia sebenarnya tak pernah buat benda tu. Sekarang baru dia merasa beli barang bundle, dia menerima benda tu dan dia gembira.”

Sementara itu, ramai netizen memberikan komen dan berpendapat bahawa Ubai sebenarnya belum bersedia untuk ada komitmen besar sebegitu kerana usia masih muda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...