“Bawa Gadis ‘Yeye’, Ada Mini Bar..” – Individu Dedah ‘Budaya Mess Pegawai’, Netizen Desak Siasatan Lanjut

Viral

“Bawa Gadis ‘Yeye’, Ada Mini Bar..” – Individu Dedah ‘Budaya Mess Pegawai’, Netizen Desak Siasatan Lanjut

Satu akaun di Threads kini menjadi tumpuan selepas tampil mendedahkan dakwaan wujudnya budaya tidak sihat yang didakwa telah lama berakar dalam kalangan segelintir pegawai berseragam loreng, sama ada di dalam mahupun di luar kawasan kem.

Menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan oleh pemilik akaun tersebut meluahkan rasa terkejut dan marah terhadap apa yang disifatkan sebagai “culture berzaman” melibatkan penyalahgunaan kuasa, pergaulan tidak bermoral serta amalan yang bercanggah dengan etika perkhidmatan.

Advertisement

mess pegawai

Antara dakwaan yang dibangkitkan termasuk kewujudan minibar di mess pegawai, penglibatan pegawai bawahan untuk membeli alkohol, serta kemasukan wanita ke dalam kawasan kem bagi memenuhi kehendak pegawai atasan. Dakwaan tersebut turut menyentuh isu pegawai yang sudah berkeluarga, sekali gus mencetuskan kemarahan dan rasa jijik dalam kalangan netizen.

Luahan keras pemilik akaun itu turut menggesa agar isu berkenaan tidak lagi didiamkan, malah meminta orang ramai membantu menyebarkan pendedahan tersebut supaya perhatian pihak berwajib dapat ditarik.

Mess pegawai

mess pegawai

Hantaran itu pantas mencetuskan reaksi bercampur-baur. Ada yang menyokong pendedahan tersebut dan menyifatkannya sebagai keberanian membongkar isu lama yang disorok, manakala sebahagian lain meminta agar siasatan rasmi dijalankan bagi mengelakkan fitnah serta memastikan keadilan kepada semua pihak.

Kebimbangan terhadap implikasi kesihatan juga turut disuarakan oleh netizen, khususnya melibatkan pasangan kepada pegawai yang didakwa terlibat, dengan ada yang menasihatkan pemeriksaan kesihatan dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa berhubung dakwaan yang tular di media sosial tersebut. Orang ramai bagaimanapun diingatkan agar tidak membuat sebarang kesimpulan awal dan menyerahkan sepenuhnya perkara ini kepada saluran siasatan yang sah sekiranya laporan rasmi dibuat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

set jenazah
2026-01-04 16:18:09

Beli Kain Kafan Mahal Dan Terlalu Awal, Pengurus Jenazah Wan Cai Tak Sarankan - "Mereka Hanya Menunggang Kematian.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...