Bawa Eskot Polis Untuk Makan Di Restoran Bersama Keluarga, Sikap Seorang VVIP Ditegur

Trending

Bawa Eskot Polis Untuk Makan Di Restoran Bersama Keluarga, Sikap Seorang VVIP Ditegur

2

Seorang lelaki melalui laman Facebooknya Ameer Azhar Fadzilan telah berkongsi sebuah kisah yang berlaku di depan matanya melibatkan seorang pegawai atasan kerajaan.
Menurut berliau, kejadian berlaku disebuah restoran makanan barat terkenaan, Me’nate Steak Hub cawangan Bandar Baru Bangi.

Advertisement

Apa yang mengecewakannya, kedatangan VVIP berkenaan cuma untuk makan bersama keluarga tetapi hingga bawa polis eskot yang menutup jalan demi memudahkan VVIP berkenaan pergi ke restoran itu.

Ikuti Perkongsian Beliau

Ketika sedang makan malam di Me’nate, Bandar Baru Bangi, datang seorang ahli politik bersama keluarganya untuk makan malam di kedai yang sama.

Amat menyedihkan bila melihat kedatangannya diiringi oleh 5 anggota polis menggunakan motosikal berkuasa tinggi, sebuah kereta polis Volvo XC90 dan sebuah lagi kereta Proton Inspira.

Kehadiran mereka di kedai itu sangat kecoh dan jalan-jalan di situ terus disekat untuk memberikan laluan kepada ahli politik itu.

Saya tertanya-tanya, apakah keperluan menggunakan khidmat/sumber kerajaan untuk perkara peribadi atau keluarga sendiri? Lebih-lebih lagi di malam Ahad? Biar betul?

Ada seorang menteri berkata bahawa, tindakan memotong dana biasiswa pendidikan adalah idea yang baik kerana ia boleh mengurangkan kos perbelanjaan kerajaan sebanyak RM240 juta.

Namun, melihat apa yang berlaku di depan mata saya ini menunjukkan bahawa golongan ini masih membelanjakan wang rakyat secara tidak berpatutan untuk kepentingan peribadi mereka. Ini membuatkan saya marah betapa tidak sensitifnya golongan ini.

Sewajarnya dalam keadaan yang tidak mengizinkan ini, segala perbelanjaan yang tidak berpatutan sepatutnya dipotong. Tiada bahayanya memandu dari rumah ke restoran tanpa pengiring.

Tambahan pula, ketika dia masuk ke dalam kedai sambil melambai-lambai pada semua orang, saya hanya memandangnya tetapi tiada rasa hormat sama sekali.

Jelas sekali Malaysia sedang mengundur ke belakang. Lupakan saja Wawasan 2020. Berdoalah untuk diri kita dan negara yang baik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...