Pendakwah terkenal, Ebit Lew baru-baru ini berkongsikan momen istimewa ketika membawa isteri dan anak-anaknya bercuti di luar negara.
Ebit yang berkongsi perkara tersebut di Facebook menyifatkan aktiviti itu sangat bermakna dan menjadi detik terindah dalam hidupnya.
Difahamkan Ebit Lew telah memilik lokasi Switzerland sebagai tempat percutian bersama isteri dan anak-anaknya.
Doakan yer. Bawa bidadari dan anak-anak ke Switzerland. Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga. Penama di dunia dan di sana Insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Ebit Lew dan keluarga selamat pergi dan pulang serta kesejahteraannya semasa bercuti.
“Anda layak untuk menikmati cuti ini. Semoga sentiasa selamat dan dilindungi Allah..” tulis seorang netizen.
“Pergilah berehat ustaz bersama bidadari dan anak-anak. Moga selamat pergi dan kembali.” sahut seorang lagi pengguna media sosial.
Sehingga artikel ini ditulis, hantaran tersebut telah meraih hampir 1 juta tontonan dan juga komen daripada netizen.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.