Bauksit : Wang Disorok Dalam Mesin Basuh, 4 Kakitangan PTG Ditahan SPRM

Trending

Bauksit : Wang Disorok Dalam Mesin Basuh, 4 Kakitangan PTG Ditahan SPRM

azam

 

Advertisement

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan empat kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang termasuk seorang pegawai kanan yang disyaki meminta serta menerima wang dari pelombong bauksit tidak berlesen di negeri ini.

Menurut satu kenyataan di laman web rasminya, SPRM berkata pembayaran wang tersebut bertujuan bagi melindungi kegiatan haram pelombong tersebut supaya kegiatan mereka tidak diambil sebarang tindakan penguatkuasaan.

The Malaysia Insider melaporkan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Dato Haji Azam bin Baki berkata pegawai-pegawai itu ditahan dirumah mereka di dalam operasi tiga jam yang berakhir pada 9 malam.

“(Ketika serbuan) Kami temui sejumlah wang yang banyak disorok  di dalam sebuah mesin basuh milik pegawai kanan, dipercayai adalah wang rasuah”, kata beliau.

Nilai wang rasuah yang terlibat dalam kes ini bernilai lebih RM100,000.

Mereka yang ditahan berusia antara 30 dan 38 tahun itu ditahan reman seminggu bermula hari ini mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...