Bauksit : Peneroka Dipanggil ‘Bodoh’, Tolak Wang RM1Juta

Trending

Bauksit : Peneroka Dipanggil ‘Bodoh’, Tolak Wang RM1Juta

BAUXITE_FELDA_BUKIT_GOH_EXCAVATOR_KUANTAN_AFIF_081215Seorang peneroka Felda Bukit Goh berkeras hati dan mempertahankan hak untuk tidak memajak ladang sawitnya bagi dijadikan kawasan perlombongan bijih bauksit walaupun dia pernah ditawarkan wang lumayan yang mencecah RM 1 juta.

Peneroka tersebut, Salwani Tajuddin, 37, berkata walaupun memang ramai peneroka yang menjadi jutawan segera setelah memajak tanah mereka, namun kini ada sebilangan mereka yang hidup seolah-olah merempat.

Memang dulu ada yang hidup mewah kerana menerima deposit yang tinggi daripada pengusaha bauksit, tapi duit yang banyak itu hanya dapat bertahan untuk sementara waktu dan mereka harus menunggu pula tempoh yang lama untuk menerima pulangan hasil perlombongan bauksit.

Advertisement

Ada peneroka yang kini terpaksa jadi jaga kerana wang sudah habis. Tanah ladang sawit pun habis digondol untuk mendapatkan bauksit,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

Peneroka tersebut berkongsi cerita semula bagaimana dia mendapat tawaran tersebut, Salwani berkata dia didatangi seorang lelaki yang pada mulanya menawarkan deposit RM500,000 untuk mengorek bauksit di ladang sawitnya seluas empat hektar.

Setelah Salwani menolak tawaran terbabit, lelaki itu datang kembali beberapa hari kemudian dengan tawaran yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM1 juta.

Selepas saya turut menolak tawaran RM1 juta itu, lelaki itu menjadi berang dan berkata saya bodoh kerana menolak wang sebanyak itu.

Namun bagi saya, mereka yang memajak tanah sawit kepada pengusaha bauksit, itulah yang sebenarnya rugi kerana gelap mata dengan duit yang hanya dapat bertahan untuk beberapa ketika, tetapi tanah mereka tidak akan kembali seperti dahulu,” katanya.

Salwani berkata dia bertindak demikian kerana berasa enggan melihat ladang sawitnya menjadi seperti padang jarak padang terkukur akibat digondol dengan rakus.

Tambah Salwani lagi, individu yang menawarkan RM1 juta itu tidak mudah berputus asa apabila dia didatangi lagi lelaki yang sama supaya tanahnya yang menawarkan bayaran RM5,000 sebulan supaya tanahnya dijadikan tempat penyimpanan lori dan bijih bauksit.

Namun Salwani tetap menolak tawaran tersebut.

Untuk menjadikan tanah saya sebagai tempat simpanan pun saya tidak mahu. Memang pada mulanya mereka (pengusaha bauksit) hanya mahu meletak barang mereka, namun lama kelamaan mereka mahu pula mengorek tanah kita,” kata Salwani.

Kata Salwani, ladangnya yang terletak di tepi jalan menarik minat beberapa pengusaha bauksit.

Kerana wang manusia memang boleh jadi gelap mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan datang..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...