“Bau Dia Agak Kuat Guys..” – Buat Konten Masuk Kampung Orang Asli, Pemuda Tegur Sikap Biadab Pempengaruh

Kehidupan

“Bau Dia Agak Kuat Guys..” – Buat Konten Masuk Kampung Orang Asli, Pemuda Tegur Sikap Biadab Pempengaruh

Pencipta kandungan, Danish Firdaus, baru-baru ini menerima kecaman ramai selepas memuat naik sebuah video kunjungannya ke perkampungan Orang Asli suku Batek di Pahang.

Menerusi video berkenaan, Danish berkongsi pengalaman budaya bersama pengikutnya dan memaparkan interaksi dengan komuniti di perkampungan tersebut. Namun, beberapa kenyataan yang dikeluarkannya dianggap kurang sensitif dan tidak menghormati komuniti Orang Asli.

Advertisement

Pada awal video, Danish memaklumkan bahawa ia merupakan pengalaman pertamanya berkunjung ke perkampungan Orang Asli. Bagaimanapun, tindakannya menyebut mengenai bau yang didakwa tidak menyenangkan berhampiran salah satu perumahan di situ mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penonton.

“Pertama kali saya jumpa Orang Asli. Bau dia agak kuat guys, korang faham. Agak-agak apa.”

Susulan kenyataan itu, seorang pemuda Orang Asli yang dikenali sebagai Ayrie tampil memberikan teguran terbuka dengan menekankan kepentingan adab, pertuturan dan rasa hormat ketika menjadi tetamu di tempat orang lain.

@ayrie_7

Apa Pendapat Korang???mungkin Ada Yang Setuju Mungkin Ada Yang Tak Setuju #18sukuorangaslimalaysia?? #fyp? #fyp #KamiMasihWujud #fyp??viral?tiktok

? Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi ??

“Bagi saya, tetamu tak perlu komen atau menunjukkan apa yang tidak baik di tempat orang supaya kita menjaga hati dan perasaan tuan rumah. Walau bagaimanapun, terima kasih sebab sudah menunjukkan suasana dan kehidupan seharian di suku Batek.”

“Kami sebagai Orang Asli terima saja sesiapa yang mahu masuk ke tempat kami sebagai tetamu. Tapi kalau datang, datanglah dengan hormat. Fahamkan dahulu apa yang mahu dirakam. Jangan jadikan kemiskinan orang lain sebagai hiburan dan budaya bahan lawak.”

Teguran tersebut mendapat sokongan meluas daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Ayrie. Malah, ramai yang mengecam tindakan Danish Firdaus kerana dianggap tidak sensitif serta gagal menjaga adab ketika berada dalam komuniti lain.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ojen tareq fit
2026-01-14 08:59:45

"Nak Saman Silakan, Aku Ada Allah" - Tareq Fit Tak Gentar Berdepan Saman Ojen Aiwah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...