Bau Busuk Di Kolej Kediaman, Mayat Pelajar IPT Ditemui Terlentang Atas Lantai Dalam Bilik Kolej

Kehidupan

Bau Busuk Di Kolej Kediaman, Mayat Pelajar IPT Ditemui Terlentang Atas Lantai Dalam Bilik Kolej

Bau busuk di sebuah kolej kediaman universiti membawa kepada penemuan mayat seorang mahasiswa di sebuah bilik pada Selasa lalu.

Memetik laporan Sinar Harian, mahasiswa yang berusia 29 tahun itu merupakan  pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Advertisement

Selain itu, menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A.Anbalagan, siasatan awal mendapati mangsa merupakan pelajar di semester enam dalam kursus Master Sastera dan tinggal di kolej kediaman seorang diri.

Gambar Hiasan

Anbalagan juga berkata, mayat ditemui dalam keadaan tidak berbaju, berseluar panjang dan dalam keadaan terlentang di atas lantai tepi katil.

Walau bagaimanapun, siasatan mendapati pintu bilik dan tingkap dalam keadaan berkunci serta tiada barangan berharga milik mangsa yang hilang dan mayat ditemui kira-kira jam 4.30 petang oleh saksi kejadian.

Difahamkan, saksi dan beberapa kakitangan universiti membuka pintu bilik menggunakan kunci pendua dan tiada unsur jenayah yang didapati di bilik berkenaan.

Anbalagan juga memberitahu bahawa kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

anak dibiarkan mereput dalam rumah
2 years ago

Selamba Pergi 'Gathering', 'Parents' Biarkan Mayat Bayi 5 Bulan Membusuk Dalam Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...