Bau Busuk Dalam Hidung Macam Bau Tahik!

Trending

Bau Busuk Dalam Hidung Macam Bau Tahik!

Masalah resdung satu penyakit yang sering didengari dalam masyarakat kita. Pesakit pasti rasa tidak selesa mana taknya akan terjadi alahan dan gatal-gatal pada bahagian hidung dan muka. Selain itu, hidung rasa seperti selsema, tersumbat dan sentiasa bersin. Orang disekeliling mungkin juga turut rasa rimas kan?

Jadi seorang wanita telah berkongsi tentang masalah resdung yang dihadapi dan bagaimana dia merawatnya. Jom baca!

Advertisement

BAU BUSUK DEKAT DALAM HIDUNG MACAM BAU TAHIK !! 

Nampak jijik kan bila dengar? Tapi itulah yang akak alami. Bau busuk dalam hidung macam bau tahi hidup !

Tak boleh nak cerita tau sampai mula-mula akak marah laki akak.

“Bau tahi apa dalam rumah ni?”

Dia terkebil-kebil kepelikan tengok perangai bini-bini ku gangster ni. Lama-lama baru akak sedar sebenarnya bau dari dalam hidung.

Resdung akak teruk ke tak??

Tak usah cerita la babe. Bangun tidur macam nak pecah kerongkong bersin. Hidung ni kalau boleh cabut pastu akak bawak pergi spa cuci kejap, sental-sental mesti syok.

Nak dijadikan cerita, hari tu akak jumpa dengan seorang doktor dan dia pon merupakan pakar herba.Amik peluang la tanya sebab tak tahan dah hidung ni gatal macam apa sampai sakit kepala akak. Doktor tu sendiri ckp:

Kalau pergi hospital dia just bagi antibiotics untuk matikan kuman..tapi yela weh..sampai bila nak makan ubat hspital kan??

Doktor tu pon ajar akak.

Amik sebatang kayu manis bakar kemudian sedut asap tu. Sedut guna lubang hidung korang . Fuhhh mencabarr. Sebab kayu manis ni boleh bertindak sebagai antiseptic semulajadi yg boleh membunuh kuman.

Si manis ni boleh mengeringkan lendir dan bengkak resdung kita ni. Memang pedih tapi serious akak cakap lega sangat hidung rasa kosong, nak bernafas pon senang.

Dah 4 hari akak amal buat ni, percaya tak?? Bangun tido dah tak bersin??
Hidung ni rasa bersih dan tak gatal impress giler dgn kayu manis ni.

Kalau yang muka ada parut korang cub parut kulit kayu manis ni dan sapu dekat muka. Memang pedih tapi hasil dia wow! parut pudar. Jadi, inilah rahsia resdung akak sekarang. Dah tak ada bau tahik, bau kayu manis pulak dalam lubang hidung mak.

Sumber: Deeja Rameli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...