Batuk Berterusan Tapi Susah Nak Makan Ubat?, Ini Cara Rawat Batuk Tanpa Makan Ubat

Trending

Batuk Berterusan Tapi Susah Nak Makan Ubat?, Ini Cara Rawat Batuk Tanpa Makan Ubat

Kadangkala nak sembuh dari sesuatu penyakit amat susah walaupun telah mengambil ubat. Ada juga bila ubat dah habis, masih lagi tak sembuh.

Advertisement

Sama juga dengan batuk yang agak sukar untuk sembuh. Bila makan ubat batuk, ubat tersebut pula menyebabkan kita mengantuk.

Tapi kini, anda sudah boleh melegakan batuk dengan mudah sekali, mungkin tidak perlu mengambil ubat-ubatan lagi. Jom kita baca, perkongsian dari Dr Zubaidi Hj Ahmad ini, apa yang boleh dilakukan selain memakan ubat batuk untuk kembali sihat.

TIPS MERAWAT BATUK TANPA UBAT

Selain daripada pengambilan ubat batuk, kita boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:

1. Minum air mineral dengan banyak antara 1.5-2.0 L sehari bagi mecairkan kahak.

2. Elakkan memakan makanan yang menyebabkan lebih banyak lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih.

3. Jauhi sebarang asap termasuk asap rokok.

4. Elakkan dari persekitaran yang berhabuk, dan tinggal dalam bilik berhawa dingin terlalu lama.

5. Menyedut stim dari air yang mendidih atau mandi dengan air panas dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat.

6. Masukkan air dalam rongga hidung dan hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus.

Mungkin cara ini akan berkesan pada anda, sebolehnya, elakkan diri terlebih dahulu dari sebarang aktiviti, persekitaran atau mungkin makanan yang boleh menyebabkan anda batuk. Namun jika anda sudah pun mengalami batuk, moga-moga tip ini mampu membantu anda, lebih-lebih lagi pada yng sukar untuk memakan ubat. Jom amalkan gaya hidup sihat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...