“Batu Kapur Antara Batu Yang Paling..” – Tiada Risiko Menetap Di KL, Dr. Goh Pakar Geobencana Ulas Isu ‘Sinkhole’

Gaya Hidup

“Batu Kapur Antara Batu Yang Paling..” – Tiada Risiko Menetap Di KL, Dr. Goh Pakar Geobencana Ulas Isu ‘Sinkhole’

Susulan daripada tragedi wanita terjatuh di dalam tanah jerlus di Jalan Masjid India Jumaat lalu, pelbagai spekulasi yang timbul dan antara yang tular adalah bandar Kuala Lumpur ini dibina di atas bumbung gua batu kapur sekaligus berpotensi untuk mengalami mendap.

Bagi mendapatkan kepastian mengenai spekulasi tersebut, Beautifulnara telah menemubual seorang pakar Geobencana dan Kejuruteraan Geofizik bernama Dr. Goh Thian Lai bagi mengulas lebih lanjut mengenai isu tersebut.

Advertisement

dr goh thian lai

 

Gua batu kapur tak sekukuh yang kita sangka?

Menurut Dr. Goh, segala pembangunan yang mahu dibina di atas batu kapur perlu dilakukan penyiasatan secara teknikal dan mendalam bagi mengenal pasti segala rongga yang wujud.

Setelah segalanya sudah dikenal pasti, langkah-langkah kejuruteraan perlu dilakukan bagi mengelakkan lubang benam berlaku ke atas bahagian konkrit, pam epoksi dan lain-lain.

Ujar Dr Goh, andaian mengenai Kuala Lumpur dibina atas batu yang tidak kukuh sama sekali tidak benar dan batu kapur merupakan batu yang tidak mudah untuk rapuh dan memerlukan jutaan tahun untuk runtuh.

sinkhole

Punca ‘sinkhole’ kerana cuaca tak menentu dan pembangunan tanpa henti?

Dalam pada itu, dakwaan mengenai tanah mendap berlaku disebabkan cuaca Malaysia yang tidak menentu serta pembangunan tanpa henti bandar Kuala Lumpur juga menjadi bualan ramai di platform media sosial.

cuaca di malaysia

Menjawab dakwaan tersebut, Dr. Goh berkata apabila air hujan turun melalui tanah, jenis batuan ini (batu kapur, kalsium karbonat) mula larut dan ia mewujudkan ruang bawah tanah dan gua.

Sinkhole adalah tanah yang biasanya sudah kekal utuh untuk tempoh masa lama, sehingga ruang bawah tanah menjadi terlalu besar. Sekiranya tiada sokongan yang mencukupi untuk tanah di atas ruang, maka keruntuhan permukaan tanah secara tiba-tiba boleh berlaku.

Tambahannya lagi, mendapan tanah sama sekali tiada kaitan dengan pembangunan tanpa henti yang berlaku di bandar Kuala Lumpur.

kuala lumpur

‘Bahayalah tinggal dekat KL!’

Disoal tentang rakyat Malaysia yang mula berasa bimbang untuk menetap di bandar Kuala Lumpur susulan tular berita ia dibina atas batu yang mudah rapuh, Dr. Goh menegaskan bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar selamat untuk rakyat diami.

Risiko tinggal di KL tiada, tapi di Ipoh ada. Batu kapur merupakan strong stone, tiada kaitan dengan sinkhole. Tak mudah rapuh.

gua batu kapur

Dalam pada masa yang sama, pakar tersebut memberitahu bandar Kuala Lumpur tidak akan tenggelam seperti yang diuar-uarkan di media sosial dan menurut kajiannya, batuan limestone dikelaskan sebagai batuan paling kukuh (R5) 100 MPa, di mana dinding bumbung gua adalah antara yang terkuat.

sinkhole kl
4 months ago

"Malapetaka 'Sinkhole' Boleh Jadi Bila-Bila Masa" - Status Seorang 'Brader' Pada Tahun 2015 Tentang KL Tak Selamat Diduduki Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...