“Batin Yang Penting, Yang Zahir Ikut Kemampuan” – Ina Naim Berkongsi Perihal Nafkah Bersama Suami Baharu

Hiburan

“Batin Yang Penting, Yang Zahir Ikut Kemampuan” – Ina Naim Berkongsi Perihal Nafkah Bersama Suami Baharu

Penyanyi Ina Naim sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal tampil berkongsi pendapat mengenai isu nafkah dalam rumah tangga.

Difahamkan, perkongsian itu dimuat naik usahawan Datuk Aliff Syukri di TikTok yang menyoal Ina mengenai nafkah yang diterima daripada suami.

Advertisement

Kongsi Ina, dia tidak mementingkan nilai nafkah dan menyerahkan segalanya mengikut kemampuan suami tersayang.

Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan dan yang paling penting dia sayang saya selalu. Untuk nafkah yang batin penting, yang zahirnya kita tengok kemampuan.

Dalam pada itu, Ina juga menegaskan bahawa pemberian duit raya oleh suami adalah tidak wajib dan ia adalah hadiah daripada suami.

Menjengah ke ruangan komen, ramai mendoakan agar Ina dan Khairul dirahmati dalam kehidupan rumah tangga dan bahagia hingga ke syurga.

Ina naim dan suhaimi saad

Terdahulu, pasangan itu selamat diijab kabul dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di Felcra Sg. Ara, Kota Tinggi, Johor.

Sebelum ini, Ina berkahwin dengan penyanyi nasyid, Suhaimi Saad namun meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

Ina dan Allahyarham Suhaimi Saad mempunyai empat orang cahaya mata sepanjang perkahwinan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie tak hairan dikritik muka macam pondan
1 month ago

"Bro, Aku Lagi Nak 'Settle' Untuk Muka P*ndan Ni Dari Muka Awam Kau" - Zarina Anjoulie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...