Syarikat penerbangan, Batik Air, bakal melancarkan penerbangan sulungnya dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu (KBR) ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (SZB).
Memetik dari Vocket. laluan baharu ini dibuat untuk mengembangkan lagi pilihan perjalanan domestik buat rakyat Malaysia dan usaha ini sekali gus dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat.
Laluan baharu ini dapat memberikan alternatif lebih efisien untuk penerbangan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Difahamkan juga Batik Air sedang merancang untuk lebih banyak destinasi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang akan diperkenalkan dalam masa terdekat.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel yang menarik di bawah.