Bateri Berkapasiti Besar & Keupayaan Merakam Video 4K UHD, Ciri Menyerlah Pada Galaxy A32 5G

Teknologi

Bateri Berkapasiti Besar & Keupayaan Merakam Video 4K UHD, Ciri Menyerlah Pada Galaxy A32 5G

Sebelum ni kami ada berkongsi dengan korang yang Samsung telah melancarkan tiga model untuk siri A nya iaitu Galaxy A32, A52 dan A72. Dimana korang boleh baca first impression kami di SINI.

Kalau sebelum ni, kami banyak share tentang reka bentuk minimalisnya dan susunan kamera yang menonjol. Kali ni, kami nak share pula spesifikasi bagi model Samsung Galaxy A32 5G. Check it out guys!

Advertisement

Sedia untuk upgrade ke rangkaian 5G

Samsung kali ini nampaknya serius memberikan pengguna pengalaman baru menggunakan telefon pintar. Manakan tidak, telefon pintar model pertengahan turut dilengkapi dengan sambungan ke rangkaian 5G.

Apabila rangkaian mudah alih di Malaysia beralih ke 5G kelak, korang yang menggunakan telefon pintar dengan teknologi ini akan merasai sendiri kelajuan internet 5G, dari online games dan penstriman yang sangat lancar, sehingga perkongsian dan muat turun yang pantas. Kami dah ready sebab ada Samsung Galaxy A32 5G ni.

Paparan skrin yang lebih luas

Skrin telefon pintar yang luas memberi kelebihan dari segi kepuasan dan penggunaannya. Galaxy A32 5G hadir dengan skrin 6.5 inci FHD dan Super AMOLED Infinity-U Display.

Dengan paparan HD, kandungan video yang ditonton nampak lebih jelas dan menakjubkan. Memang puaslah tengok drama atau buat kerja walaupun menggunakan A32 5G ni je.

Terokai dunia kemajuan dunia fotografi

Dilengkapi ciri kamera kuad di bahagian belakang dengan kamera utama 48MP. Korang boleh luaskan sudut pandangan dengan Ultra Wide Camera, menyesuaikan fokus dengan Depth Camera, atau pengambil gambar lebih perincian dengan Macro Camera.

Kamera hadapan pula 13MP dan mempunyai kesan bokeh untuk memberikan pengalaman selfie yang baru. Bagi video pula, korang pasti akan jatuh cinta dengan kualiti 4K UHD, yang menjadikan momen rakaman seakan nyata.

Maksimumkan permainan dengan Game Booster

Buat gamers ini semestinya sesuatu yang korang tunggu-tunggu. Bukan sahaja hadir dengan kelebihan 5G malah, Galaxy A32 5G turut mempunyai Game Booster bagi membantu meningkatkan prestasi telefon pintar semasa korang tengah syok layan games.

Bukan itu saja, Game Booster ni juga boleh akan baca corak penggunaan korang untuk mengoptimumkan bateri, suhu dan memori. Barulah korang boleh main online games dengan smooth je.

Kapasiti besar dengan pengecasan pantas

Galaxy A32 5G hadir dengan dengan bateri berkapasiti 5000mAh, ia memberikan kebebasan untuk melakukan apa sahaja dengan telefon pintar, tak perlu kalut bateri cepat habis dan asyik nak kena cas telefon je.

Pengecasan pantas dengan Adaptive Fast Charging sehingga 15W pula membantu bateri Galaxy A32 5G kembali penuh dengan pantas.

Processor Octa-core dengan 8GB RAM

Menggunakan processor jenis Octe-core dengan RAM 8GB serta kapasiti memori dalaman 128GB yang boleh ditingkat sehingga 1TB. Nak simpan gambaar, download apps atau main games bukan lagi masalah dengan Galaxy A32 5G.

Tingkatkan gaya  & kualiti telefon pintar dengan Samsung Galaxy A32 5G

Samsung Galaxy A32 5G hadir dengan 4 pilihan warna yang menawan iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet yang cukup menawan.

Dijual pada harga RM1,099 (RM1,199 untuk 5G) Galaxy A32 5G adalah telefon pintar wajib dimiliki bagi korang yang pentingkan gaya dengan kualiti kamera terbaik.

Maklumat lanjut mengenai siri Galaxy A32 5G ini, korang boleh layari laman web rasmi Samsung di SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...