Batalkan Tawaran Lakonan : Mia Ahmad Beri Masalah Kepada Pihak Produksi?

Hiburan

Batalkan Tawaran Lakonan : Mia Ahmad Beri Masalah Kepada Pihak Produksi?

Mia Ahmad, nama yang agak dikenali ramai setelah popular menerusi drama bersiri Hati Perempuan. Baru sahaja ingin mengukuhkan namanya dalam bidang lakonan, Mia yang sebelum ini dihimpit gosip cinta kini sekali lagi dilanda kontroversi apabila dikatakan bermasam muka dengan sebuah produksi drama.

Advertisement

Semuanya bermula apabila Mia membatalkan satu tawaran lakonan didalam drama Akad Ku Yang Terakhir terbitan Global Station. Pada awalnya Mia memang bersetuju untuk muncul dalam drama tersebut tetapi beliau dikatakan tidak hadir pada sesi pembacaan skrip. Lebih teruk lagi, pihak pengurusan Mia juga berdiam diri tanpa sebarang berita.

Meskipun dihimpit pelbagai spekulasi, Mia nampaknya enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan.

Saya berdiam diri bukan bererti saya berada di pihak salah. Saya mahu pertahankan diri saya dan begitu juga dengan pihak mereka. Bagaimanapun kalau banyak saya bercakap, ia tidak akan mengubah apa-apa lagi dan perkara pun telah berlaku.

Tidak mahu memanjangkan isu ini, Mia memohon maaf atas apa yang terjadi.

Perkara ini sudah pun terjadi dan dengan mengulas lebih panjang akan menyebabkan lebih banyak salah faham. Apa yang boleh saya katakan, saya belajar daripada apa yang berlaku dan seikhlas hati saya memohon maaf di atas apa yang terjadi dan terima kasih atas peluang dan teguran diberikan.

Menurut daripada beberapa sumber, Mia membuat keputusan untuk membatalkan kemunculan beliau dalam drama tersebut kerana ingin menerima tawaran produksi lain yang akan menyiarkan drama mereka di sebuah stesen televisyen terkemuka.

Erm, jika benar gosip ini agak tidak elok juga untuk mula berjanji dan akhirnya membatalkannya pada saat akhir. Siapa yang tidak sakit hati bukan?  Semua persiapan telah dilakukan tetapi akhirnya tarik diri. Apa-apapun, kami harap Mia Ahmad dapat menyelesaikan masalah ini.  Tidak semestinya berlakon didalam drama yang akan disiarkan di stesen televisyen popular ia akan menjamin nama anda juga popular. Yang penting adalah bakat dan kualiti lakonan.

Sumber Berita: mStar Online

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...