Batalkan Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan, Zain, Aaisyah Dhia Rana Positif COVID-19

Hiburan

Batalkan Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan, Zain, Aaisyah Dhia Rana Positif COVID-19

Pasangan selebriti popular, Rozita Che Wan dan Zain Saidin terpaksa membatalkan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka apabila suami serta anaknya disahkan positif COVID-19, bulan lalu.

Rozita yang lebih mesra disapa Che Ta mendedahkan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana turut dijangkiti COVID-19 selepas sehari Zain disahkan positif.

Advertisement

Menurut Che Ta, disebabkan situasi tidak terduga itu, perancangan bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi terpaksa ditunda.

Apa nak buat, kami tidak mampu menghalang semua ini. Zain memang mempunyai gejala seperti batuk, selsema dan demam. Kemudiannya terkena pula pada Aaisyah.

Jelas Che Ta, Aaisyah hanya mengalami demam sahaja, deria rasa masih ada. Namun, dia dan dua anak lelaki disahkan negatif.

Bagaimanapun, suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya. Kasihan tengok Aaisyah. Walaupun deria rasa tidak hilang, tetapi kurang berselera makan.

Dalam pada itu, Che Ta akui secara peribadi, dia tidak suka situasi berkenaan berlaku. Habis segala perancangannya termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan.

Zain sudah lengkap dua dos vaksinasi, namun, tetap terkena juga. Virus ini memang ada hidup di sekeliling kita sekarang.

Tambah Che Ta lagi, suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.

Baca: “Fesyen Apa Pulak Ni..” Che Ta Berbalut Satu Bdan Dengan ‘Dress’ Bernilai RM50,000 Rekaan Ezuwan Ismail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.