Batalkan Perkahwinan Pada Saat Akhir, Lelaki Ini Berjaya Saman Bekas Tunang RM30k

Trending

Batalkan Perkahwinan Pada Saat Akhir, Lelaki Ini Berjaya Saman Bekas Tunang RM30k

Tiga tahun lalu, kisah pemuda ini yang dikenali sebagai Ezrin pernah viral apabila bakal pengantin perempuan memutuskan hubungan mereka. Malah, majlis perkahwinan yang dirancang juga dibatalkan pada saat akhir iaitu 21 hari sebelum hari pernikahan. Semuanya berpunca kerana wanita tersebut mempunyai buah hati lain.

Bukan sahaja malu perkahwinan tersebut dibatalkan, lelaki itu juga terpaksa menanggung kerugian hampir RM30,000. Mana tidaknya, segala persiapan sudah dilakukan termasuklah menempah dewan sehinggalah buah tangan ataupun ‘doorgift’ untuk tetamu juga sudah disediakan. Namun, semuanya hanya satu pembaziran.

Advertisement

Susulan itu, Ezrin mengambil keputusan untuk menyaman bekas tunangnya bagi membayar ganti rugi setiap kos yang dikeluarkan untuk persiapan perkahwinan mereka.

Berjaya saman bekas tunang

saman bekas tunang

Setelah tiga tahun turun naik mahkamah, akhirnya keputusan saman itu berpihak kepadanya. Semalam, pihak mahkamah mengarahkan bekas tunangnya untuk membayar segala ganti rugi kepada Ezrin.

Bukan soal kerugian tetapi maruah yang tercalar. Harap jadi iktibar

saman bekas tunang

Tindakan yang dilakukan bukanlah kerana soal kerugian, tetapi membela maruah diri dan keluarga yang telah tercalar, selain memberikan pengajaran bahawa perkara berkenaan tidak boleh dipandang ringan.

Netizen ucap tahniah atas kemenangan

lelaki saman bekas tunang rm30k

samam bekas tunang rm30k

Rata-rata netizen turut gembira mendengar perkhabaran tersebut. Mereka memuji betapa tabah dan cekalnya hati pemuda itu berjuang untuk mendapatkan keadilan buat dirinya yang teraniaya.

Harapnya kes ini dapat dijadikan pengajaran buat pasangan lain di luar sana. Janganlah buat keputusan yang hanya mendatangkan derita kepada orang lain.

Sumber Berita : Ezrin MN

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...