Apabila Malaysia menerima berita bahawa kumpulan Coldplay akan melakukan konsertnya di sini, ramai peminat mula teruja dengan kehadiran artis idaman mereka. Namun, memandangkan situasi sedara Islam kita di Palestin yang masih tegang, ramai berpendapat konsert itu patut dibatalkan.
Seorang TikToker yang dikenali sebagai Cikgu Ayu turut serta menyatakan hal yang sama di akaun TikToknya baru-baru ini. Baginya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu mengambil tindakan pembatalan tersebut dan tunjukkan bukti dirinya sebagai Perdana Menteri.
Batalkan Coldplay! Kita ramai-ramai pergi konsert zumba Cikgu Ayu.
Kalau aku lah, aku cermin dulu baru bercakap, malunya rasa.
@anonuser_00♬ original sound –
Kata netizen, dia yang menyuruh batalkan konsert tetapi diri sendiri terkinja-kinja muat naik video senamrobik. Perkara itu meninggalkan rasa tak setuju dari kalangan warganet yang menggangap dirinya hanya ingin menumpang trend berkaitan Palestin.
Walaupun telah dipadam video asal tersebut, netizen masih membidas influencer berkenaan di ruangan komen video-video yang lain. Pada masa yang sama, tindakan mencabar Perdana Menteri itu juga dilihat mengundang salah faham di kalangan penonton.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.