Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Batal Tempahan Baju Raya, Noraniza Idris Protes Tak Dapat Beraya Dengan Cucu Gara-Gara PKP 3.0

Noraniza Idris

Penyanyi etnik kreatif terkenal negara, Noraniza Idris meluahkan rasa terkilan dan kecewa kerana tidak dapat berkumpul dan beraya bersama anak-anak dan cucu sulungnya gara-gara perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) yang diumumkan kerajaan semalam.

Noraniza atau nama sebenarnya Nor Aniza Haji Idris mengakui hatinya berasa sungguh sedih dan turut merajuk hati kerana anak-anak dan cucunya tidak dapat bersama untuk raya kali ini.

Advertisement

Tambah ratu etnik kreatif negara ini lagi, dia kini merajuk dan protes dengan diri sendiri malah turut membatalkan beberapa persiapan hari raya.

“Memang sedih..rasa down sangat. Boleh kata, saya merajuk dan protes dalam diri sendiri. Tahun ini tahun tak beraya bagi saya. Baju raya dah pun saya dah batalkan tempahan dan tak nak masak untuk raya.”

Ujar Noraniza yang lebih mesra disapa sebagai Kak Ani ini lagi, dia pada mulanya merancang untuk berkumpul dengan anak-anak untuk hari lebaran yang bakal menjelma tiba. Malah, Kak Ani turut membuat perancangan untuk menempah kondominium seminggu sebelum raya.

“Dah la tahun ini kali pertama saya akan beraya dengan cucu perempuan. Macam-macam saya berangan nak masak untuk anak-anak. Bila tiba-tiba PKP ini, hancur harapan saya. Anak-anak pula tinggal di KL, saya dan suami di Semenyih. Memang lain daerah. Memang sangat sedih sebab pertama kali raya berdua sahaja dengan suami..”

Terdahulu, anak lelaki sulungnya, Aliff Haiqal dan isteri telah selamat menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Hannah pada 23 Mac yang lalu.

Isnin lalu, kerajaan telah mengumumkan keputusan mengejutkan iaitu perlaksanaan PKP di seluruh negara serta larangan baharu berkaitan lawatan ziarah serta aktiviti sepanjang Aidiilfitri bermula Rabu ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Falonee

    May 11, 2021 at 5:03 pm

    Overnya mak nenek ni

  2. Anonymous

    May 11, 2021 at 3:52 pm

    sudah jadi macam kanak2 ke? sikit2 merajuk. kalau kita semua tak bekerjasama mengharungi dugaan ni, tahun depan pun tak raya.
    Diharap tahun depan semua orang dpt raya kat kampung kalau kali ni semua ikut SOP.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top